Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem Hantu Kak Limah Cipta Dua Sejarah Baru Perfileman Negara!

by Khai Azfar
August 13, 2018
Share on Facebook

Anda sudah menonton filem Hantu Kak Limah (HKL)? Jika tidak, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini kerana anda bakal terhibur usai menontonnya!

Cipta Dua Sejarah Baru


Lebih membanggakan, pada hari pertama filem itu ditayangkan HKL melakar dua rekodnya yang tersendiri iaitu sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos.

Melakar kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ianya ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos). Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Sedih Dengan Yeh Sekupang


Namun begitu, dalam kehangatan sambutan yang diterima, pihak produksi khususnya pelakon-pelakon HKL turut merasa sedih dengan pemergian salah seorang pelakon filem itu yang membawa watak Yeh Sekupang.

Yeh atau lebih dikenali sebagai Rab Khalid meninggal dunia pada awal tahun ini. Dengan sambutan yang diterima, rakan-rakan turut meluahkan rasa sedih kerana Allahyarham tidak sempat melihat rekod kejayaan filem ini.

View this post on Instagram

A post shared by TJ Isa (@matkuda_hantukaklimah)

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hantu Kak Limahyeh sekupang
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara