Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu ‘Bobo Dimana’ Hasil Ciplak? Ini Amaran Rapper Dari Indonesia, Roy Ricardo

by Phic ARMAN
September 13, 2018
Share on Facebook

Pada hari ini, Roy Ricardo, rapper dari Indonesia telah memuatnaik satu video reaksi yang membezakan lagu Semalam Sahur Dimana yang telah dinyanyikan oleh Andi Bernadee dan lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat.

Objektif video itu dimuatnaik adalah kerana Roy memberi reaksi kepada lagu Bobo Dimana yang telah meniru lagu Roy sendiri, Semalem Bobo Dimana yang telah dikeluarkan pada tahun 2014.

Youtube video

Roy menyatakan beliau telah menerima banyak Direct Message di laman Instagram beliau dari peminatnya yang meminta Roy untuk menjelaskan lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat.

Youtube video

“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Kepada Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya”. Jelas Roy Ricardo di dalam video reaksi itu.

Bagi Roy, menggunakan lagunya tidak menjadi masalah baginya. Wang juga bukan menjadi satu perkara besar baginya. Apa yang Roy mahukan adalah Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat meminta izin darinya dahulu sebelum menggunakan lagunya.

Andi Bernadee Tidak Mencuri lagunya

Youtube video

Seperti yang sedia maklum, Roy Ricardo pernah menjelaskan isu Andi Bernadee yang dikatakan telah menciplak lagunya dan menukar tajuk dan lirik Semalem Bobo Dimana kepada Semalam Sahur Dimana. Namun bagi Roy Ricardo, Andi tidak mencuri lagunya dan beliau tiada masalah dengan hal itu.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- "Datang Support Pun Dah Cukup Happy"

Roy juga menjelaskan yang beliau telah memberi penjelasan kepada media-media di Malaysia sewaktu kunjungannya ke negara ini. Jelas Roy, Andi telah meminta izinnya untuk menggunakan lagu Semalem Bobo Dimana dan ditukarkan kepada Semalam Sahur Dimana.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
andi bernadeebobo di manadato aliff syukriLucinta Lunanur sajatRoy Ricardo
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Lagu Seram
Musik

Jangan Dengar Waktu Malam! 4 Lagu Popular Ini Ada Kisah Seramnya

by Nurul A.
November 27, 2026

Pernah tak kamu berasa seram sejuk dan takut selepas mendengar lagu? Jika lihat liriknya pula, rupanya lagu tersebut mempunyai kisah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara