Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

8 Fakta Christopher Reeve Ini Begitu Menginspirasikan!

by Khai Azfar
October 23, 2018
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum munculnya Dean Cain mahupun Henry Cavill sebagai Superman, pelakon veteran Hollywood Christoper Reeve terlebih dahulu menarik perhatian peminat-peminat adiwira ini suatu ketika dahulu.

8 Fakta Christopher Reeve Ini Menginspirasikan!

Disebalik wajahnya yang kacak serta segak memakai sut, tidak ramai yang tahu fakta dan tragedi sebenar yang menimpa Superman ini. murai.my bawakan kembali rangkuman 8 fakta mengenai Christopher Reeve sehingga digelar ‘Real Superman’ yang pasti akan memberi anda sebuah inspirasi baru

Tragedi Disaat Populariti Berada Di Kemuncak

Siapa sangka, di saat nama Christopher menjadi dambaan peminat, tragedi ini sekaligus menghentikan kariernya sebagai seorang pelakon. Pada 1955, ketika dia sedang menunggang kedua dan bersedia untuk lompatan ketiga secara tiba-tiba dia hilang kawalan dan menyebabkan dia terjatuh dan kepalanya juga terhentak kuat. Kesan daripada insiden itu, Christopher disahkan lumpur dari leher sehinggalah ke kaki seumur hidup.

Pernah Ingin Bunuh Diri

Selepas menerima berita yang menyayatkan hati itu, Chrisptoher dilaporkan pernah cuba ingin membunuh diri beberapa kali memandangkan tiada jalan mahupun penawar untuk dia kembali bergerak seperti biasa. Malah dia juga pernah bertanyakan pada isterinya untuk membenarkan dia ‘dimatikan’ secara perubatan.

“Mungkin kita patut ‘lepaskan’ saya pergi terlebih dahulu?”

Kerana Isteri, Christopher Kembali Kuat

Kerana soalan itu juga, isteri Christopher memberi semangat yang kuat buat suaminya. Malah dia sanggup menghadapi segala kepayahan bersama seumur hidup.Mengenangkan pengorbanan isterinya, Christopher tidak lagi berniat untuk membunuh diri malah semakin cekal meneruskan hidup.

Rawatan Antara Hidup Dan Mati

Tidak lama kemudian, Christopher telah menjalani pembedahan dimana risikonya amatlah tinggi dan turut dilaporkan hanya mempunyaio 50% untuk hidup. Lebih mengejutkan, Christopher diletakkan di dalam keadaan separa sedar sepanjang pembedahan tersebut. Benar-benar kuat bukan?

Kelibat Lelaki Misteri Dalam Dewan Pembedahan

Namun begitu, di dalam dewan pembedahan tersebut, Christopher didatangi oleh seorang lelaki misteri bertopeng seakan doktor bedah dan turut bercakap dalam lenggok Rusia. Meskipun separa sedar, Christopher tiba-tiba mengenali suara lelaki tersebut. Benar, lelaki itu sebenarnya adalah rakan baiknya yang juga pelakon, Robin Williams.

Ketawa Buat Kali Pertama

Menyedari akan kehadirannya, Christopher turut ketawa buat kali pertama sejak dia ditimpa kemalangan tersebut. Bagi Christopher, apabila dapat ketawa dan bersama rakan baiknya itu, dia merasakan kehidupannya bertambah baik dengan kehadiran rakan serta ahli keluarga. Pembedahan tersebut juga telah ditemani oleh isteri serta Robbin sendiri.

Menangis 20 Minit Sehari

Kisah Christopher benar-benar memberi inspirasi pada dunia. Malah dia juga pernah ditanya adakah dia pernah menangis mengenangkan nasibnya. Akui pelakon itu, dia akan menangis setiap hari hampir 20 minit. Namun selepas itu dia akan lap air matanya dan berkata pada hati ‘kehidupan mesti diteruskan’

Arahkan Filem

Biarpun keadaannya sebegitu, Christopher hampir setiap hari cuba menggerakkan tubuh badannya sehingga pernah diberi amaran oleh doktor.

Tidak pernah berputus asa, Christopher sendiri nekad untuk mencuba pelbagai perkara termasuklah mengarahkan filemnya sendiri dalam keadaan seumpama itu. Ramai yang tidak tahu, seminggu sebelum tayangan filemnya, dia telah mengalami kecederaan dimana tangannya telah patah dan sekali lagi menjalani pembedahan. Christopher berjaya mengharungi detik hitam hidupnya sebelum dilaporkan meninggal dunia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Christopher ReevesupermanSuperman Christopher Reeve
https://lomp.at/m4cuj
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem