Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

6 Konsert Di Malaysia Ini Bakal Menggamit Perhatian Sepanjang 2019

by Khai Azfar
January 4, 2019
Share on Facebook

Sudahkah anda bersedia dengan tahun 2019? Dijangka pada tahun ini, persada hiburan akan diserikan dengan pelbagai intipati yang menarik dalam negara!

Senarai Konsert Di Malaysia Bagi Tahun 2019

Salah satu acara yang akan menjadi perhatian adalah beberapa konsert yang akan dianjurkan dalam negara. Bukan calang-calang artis yang mengadakan konsert tersebut, kerana ada diantaranya yang membuat ‘comeback’ menerusi konsert ini dan ada juga yang berhabis-habisan sehingga menjadi konsert termahal dalam sejarah. Kami pasti anda akan tertarik dengan konsert ini dan yang penting, sediakan wang secukupnya!

Konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

Bakal mencatat rekod sebagai konsertnya yang ke 51,52,53 dan 54 Datuk Seri Siti Nurhaliza terus unggul dengan menampilkan konsert Jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour bermula Februari 2019.

Malah kali ini juga Siti akan mengadakan persembahan di empat lokasi iaitu Istora Senayan, Jakarta (21 Februari), Singapore Expo, Singapura (2 Mac), Arena Axiata, Kuala Lumpur (16 Mac) dan Royal Albert Hall London pada 22 April. Dikhabarkan konsert ini menelan belanja RM10 Juta secara keseluruhannya.

Konsert Ella Unplugged In KL

Teruja! Apabila peminat mendapat tahu ratu rock negara, Ella bakal membuat comeback menerusi Konsert Ella Unplugged In KL. Konsert ini bakal berlangsung secara akustik di Istana Budaya pada 29,30, dan 31 Mac 2019. Menariknya lagi, dalam konsert ini Ella bakal menampilkan pemuzik terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

[FOTO] Imran Ajmain Raikan 20 Tahun Kerjaya Dengan Album Remix “Sila Ambil Perhatian”

Konsert ‘BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area)

Aye aye! Menerima sambutan yang cukup luar biasa dari Blinks Malaysia apabila tiket jualan konsert Blackpink habis dijual pada 12 Disember tahun lalu! Lantaran itu, pihak penganjur mengambil keputusan untuk melanjutkan konsert itu pada keesokan harinya sekali gus menjadikan konsert Blackpink akan diadakan selama dua hari.

Konsert Soul Sisters 2019

Menampilkan paduan tiga suara dari Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah, Konsert Soul Sisters 2019 bakal mencoret kenangannnya tersendiri tidak lama lagi. Pentas Istana Budaya akan terus hangat apabila mereka akan turut adakan konserti disini selepas Ella pada 5 dan 6 April 2019.

Konsert Dewa 19 – Reunion Live in Malaysia

Benar! Percaaya atau tidak konsert ini bakal menampilkan kesemua ahli kumpulan asal Dewa 19. Ini termasuklah Ahmad Dhani, Ari Lasso dan Once Andra (gitar), Yuke (bass), Agung (dram) dan Tyo Nugros (dram) berada di atas satu pentas. Konsert yang berlangsung pada 2 Februari ini akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019

Siapa sangka kerana single Deen As Salam, kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari Indonesia mencetuskan fenomena nya tersendiri.

Dengan jumlah tontonan di YouTube melebihi 160 Juta, kumpulan ini bakal mengadakan konsert pada 12 Januari 2019 di Stadium Malawati Shah Alam dengan turut menampilkan artis jemputan tempatan.

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 'On Time'

Selain senarai di atas, khabarnya kumpulan BTS juga bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
konsertKonsert BlackpinkKonsert Dewa 19konsert EllaKonsert Sabyankonsert siti nurhalizaKonsert Soul Sistersenarai konsert di malaysia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara