Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Sampai Ragut Ratusan Nyawa, 6 Konsert Maut Yang Pernah Terjadi di Dunia

by Phic ARMAN
January 9, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Menonton konsert atau festival musik, adalah pengalaman menarik yang sukar untuk dilupakan. Namun tatkala melihat ramai orang yang sedang menikmati momen istimewa ini, siapa sangka ia boleh berubah menjadi bencana yang mengancam hidup anda apabila berlakunya kemalangan atau diserang pengganas.

3 Anggota Seventeen Jadi Korban Tsunami

YouTube video

Seperti yang berlaku di Indobesia baru-baru ini, 3 anggota kumpulan Seventeen terkorban ketika sedang membuat persembahan di atas pentas di acara konsert di Tanjung Lesung Beach Resort di Pandeglang, Banten kerana diserang Tsunami. Bencana yang berlaku pada 22 Disember itu menyebabkan 280 orang terkorban.

Takut kan? Tak mengapa, setiap konsert berskala besar sudah pasti ada risikonya dan aspek-aspek keselamatan dikawal dengan ketat oleh pihak penganjur.  Yang penting kita kena bersiap sedia untuk mengawal situasi panik sekiranya berlaku hal yang tidak diingini.

murai.my merangkum beberapa konsert artis yang diserang pengganas lantas dan menyita perhatian umum.

Konsert Ariana Grande di Manchester, England

Ketika konsert Ariana Grande berlansung, pada 22 Mei 2017, terjadi sebuah letupan. Letupan itu juga mengakibatkan stasyen kereta api Manchester Victoria yang tak jauh dari lokasi letupan ditutup, dan semua jadual kereta api dibatalkan. Beberapa orang saksi mengaku mendengar dua letupan dari arah kaunter penjualan tiket di tempat itu.

Dikhabarkan 19 orang maut dan sekitar 50 orang lainnya cedera dalam peristiwa yang terjadi di akhir konsert tersebut.

Konsert 4Minute, di Seongnam, Korea Selatan

Konser girl band KPop yang berlangsung di Seongnam, Korea Selatan, adalah konser KPOP terburuk kerana diakhiri dengan tragis. Insiden maut yang dikunjungi sekitar 700 penonton bermula saat sebuah besi saluran udara roboh.

[VIDEO] GENBLUE Lawat Malaysia, Lancar Album Mini Pertama ‘ACT LIKE THAT’

Robohnya besi saluran ini kerana tak mampu menahan beban ratusan orang yang ingin melihat 4Minute dari ketinggian yang lebih tinggi. Akibat dari kejadian ini, 18 orang dikhabarkan meninggal dunia kerana terjatuh dari ketinggian 20 meter setelah besi penahannya tercabut. Kejadian ini terjadi pada bulan Oktober 2014.

Konsert Gurizada Fandangueira di Santa Maria, Brazil

Pada saat konsert Gurizada Fandangueira yang berlangsung pada tanggal 26 Januari 2013 di Kiss Nightclub di kota Santa Maria, Brazil terjadi kebakaran hebat.

Menurut maklumat dari pihak polis Brazil menyatakan bahawa kebakaran ini dibuat oleh salah seorang anggota Gurizada Fandangueira yang pada saat itu tampil di panggung, menyalakan bunga api dan terkena bahagian platform ruangan Kiss Nightclub.

Kebakaran di kelub malam Kiss terjadi sekitar pukul 02:30 menyebabkan lebih dari 232 orang maut dan mencederakan 150 orang. Kebakaran ini merupakan musibah dengan angka kematian tertinggi kedua yang pernah terjadi di tempat hiburan di Brazil, setelah kebakaran sarkus Niterói pada tahun 1961.

Sekitar 90% dari mangsa terkorban akibat menghirup asap dan lemas. Tidak jelasnya tanda pintu keluar mengakibatkan orang-orang yang panik berlarian ke arah bilik mandi. Dan di kamar mandi pun ditemukan 50 mayat rentung.

Mawazine Festival di Rabat, Morocco

Mawazine Festival adalah festival musik tahunan yang berlangsung di kota Rabat Marocco dengan menghadirkan sejumlah penyanyi dan group muzik antarabangsa.

Namun malangnya, Mawazine Festival yang diselenggarakan pada 23 Mei 2009 dan salah satu penyanyi yang hadir adalah Stevie Wonder, mengorbankan nyawa korban. Pada malam terakhir penyelenggaraan festival musik tersebut, selepas penyanyi tempatan Abdelaziz Stati selesai menyanyikan lagu pertama, para penonton dengan jumlahnya hingga 70 ribu orang tak sabar untuk meninggalkan lokasi konsert.

[VIDEO] Lelaki 'Serang' Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- "Saya Diusir Sebelum Show"

Pagar yang tak mampu menahan beban ribuan penonton justru roboh dan menimpa penonton lainnya. Dikhabarkan 11 orang meninggal dan 8 lainnya mengalami kecederaan.

Pearl Jam di Roskilde Festival, Denmark

Roskilde Festival adalah festival tahunan terbesar di benua Eropa dan diadakan di sebelah utara kota Roskilde, Denmark. Pada tahun 2000, Pearl Jam mendapat kesempatan untuk hadir bersama ahli muzik seperti Oasis dan Pet Shop Boys. Ketika Pearl Jam membuat persembahan menyanyikan bait awal dari lagu Corduroy, ribuan orang berpusu-pusu mendekati pentasa dan saling menolak-nolak.

Kerana ramainya penonton yang berasak-asak merapat ke pentas dan tanah yang basah berlumpur kerana hujan membuat ramai penonton mula kehilangan keseimbangan. Kejadian yang berlangsung pada 30 Jun 2009, akhirnya menyebabkan 9 orang maut.

Kejadian malam itu membuat Pearl Jam tidak tampil secara penuh dan The Cure yang seharusnya tampil setelah Pearl Jam membatalkan pertunjukan mereka.

ariana grandekpop
https://lomp.at/ha9lj
Share11Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara