Setakat ini ketiga-tiga single penyanyi Nabila Razali mencatat angka tontonan dan pendengar yang cukup membanggakan termasuklah single terbaharunya berjudul Vroom Vroom.

Sebagai rekod single ketiga Nabila ciptan Hael Husaini dan Ezra Kong itu kini sudah mencatat lebih dari satu juta tontonan dan turut menduduki tangga teratas trending di YouTube.

IKLAN

Netizen Minta Nabila Bersara Dari Nyanyian 

Meskipun mendapat sambutan yang mengalakkan, di media sosial terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kebolehan vokal Nabila untuk menyanyi. Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa kecaman melampau yang boleh menjatuhkan reputasi penyanyi berusia 27 tahun itu.

Tenang Menjawab Kritikan 

Menjawab segala kecaman ke atasnya, Nabila bagaimana pun tidak melenting dan memberikan respon positif kepada mereka yang cuba mengkritiknya.

Malah Nabila juga sempat berseloroh dengan memohon maaf sekiranya vokalnya itu mengundang rasa tidak puas hati buat sesetengah pendengar. Pada Ahad ini, Nabila bersama beberapa orang penyanyi lain turut diundang untuk membuat persembahan Interlude di Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL). Pasti ramai yang tidak sabar menantikan persembahan mereka bukan? Vroom Vroom!