Tuesday, September 26, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Sinopsis Terbaharu ‘Avengers: Endgame’ Didedahkan

by Phic ARMAN
March 14, 2019
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Sinopsis baru “Avengers: Endgame“ akhirnya tular di media sosial. Dipetik dari Movieweb pada Selasa (12/3), sinopsis ini pada awalnya di kongsikan oleh Atom Tickets, dan kemudian disahkan oleh Disney. Tak seperti sebelumnya, nampaknya kali ini Marvel Studios bakal membuat akhir cerita yang amat berbeza di franchise MCU.

Dalam sinopsis yang dikongsikan, Captain Marvel (Brie Larson) dan Ant-Man (Paul Rudd) dikatakan bakal memegang peranan penting. Bahkan kedua-dua superhero ini diwar-warkan akan memainkan peranan vital dan menjadi kunci cerita siri lanjutan “Avengers: Infinity War” itu.

“Thanos menjentikkan jarinya di ‘Avengers: Infinity War’, dan separuh kehidupan di alam semesta langsung lenyap. Sekarang sekelompok prajurit yang masih hidup, termasuk Captain America, Black Widow, Iron Man, Thor, dan Hulk bekerja untuk menangkal aksi pemusnahan massal Mad Titan,” bunyi awal sinopsis tersebut.

” Oleh kerana superhero kita tidak mampu menghentikan Thanos di perang yang pertama, apakah yang membuat mereka berfikir mereka boleh menang dalam pertarungan selanjutnya? Jawapannya mungkin ada pada kekuatan luar biasa, terima kasih kepada Captain Marvel, atau di ruang terkecil antara atom yang dapat diakses oleh Ant-Man. Saat semuanya berakhir, tidak ada lagi yang sama,” tulis sinopsis itu.

Sinopsis ini tentunya menyiratkan fakta bahwa Captain Marvel berpotensi mengalahkan Thanos (Josh Brolin) dengan kekuatan luar biasa yang dimiliknya. Seperti yang disajikan dalam filem “Captain Marvel”, superhero wanita dengan nama asal Carol Danvers tersebut memang disebut-sebut sebagai pahlawan terkuat MCU dan diduga mampu menjadi lawan sepadan bagi Thanos.

Sedangkan Ant-Man sendiri diwar-war menjadi satu-satunya orang yang boleh membantu Captain America (Chris Evans) untuk menghidupkan kembali para korban Thanos di “Avengers: Infinity War”. Ant-Man kemungkinan besar akan mengajak para Avengers yang tertinggal untuk memasuki Quantum Realm.

Meskipun hingga kini belum diketahui bagaimana caranya keluar dari dimensi tersebut, mengingat bahawa sebelumnya ia terjebak di dalamnya lantaran keluarga Pym menjadi korban Thanos.

Di sisi lain “Avengers: Endgame” tentunya akan menjadi sajian yang paling dinantikan oleh peminat, mengingat bahawa projek ini merupakan puncak dari 22 filem MCU sebelumnya. Kembali diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, siri lanjutan “Avengers: Infinity War” ini akan dirilis pada 26 April mendatang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER 'Avengers: Endgameblack widowcaptain americairon manthor
Share22Tweet14SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Tunku Mona Riza Bawa Filem Arahannya ‘Rain Town’ Mewakili Malaysia di China
Filem

Tunku Mona Riza Bawa Filem Arahannya ‘Rain Town’ Mewakili Malaysia di China

by Phic ARMAN
September 25, 2023
Filem AGRINAI (THE CREATURE) Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa
Filem

Filem AGRINAI (THE CREATURE) Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

by Phic ARMAN
September 20, 2023
[VIDEO] Tun M Puji Filem ‘Walid’, Sempat Tunjuk ‘Skills’ Silat Dengan Pelakon
Filem

[VIDEO] Tun M Puji Filem ‘Walid’, Sempat Tunjuk ‘Skills’ Silat Dengan Pelakon

by Phic ARMAN
September 7, 2023
‘Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah
Filem

‘Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

by Aphit J.
September 3, 2023
Kisah Dunia Forensik Dalam Slot Saranghaeyo On 2, Di TV2
Filem

Kisah Dunia Forensik Dalam Slot Saranghaeyo On 2, Di TV2

by Aphit J.
September 2, 2023
Kongsi Gambar Mesra Bersama Eman Manan, Netizen Puji Lakonan Mantap Gandingan Bersama Nabila Huda
Filem

Kongsi Gambar Mesra Bersama Eman Manan, Netizen Puji Lakonan Mantap Gandingan Bersama Nabila Huda

by Aphit J.
August 20, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan