Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW] Konsert ‘Soul Sisters’ Berlangsung Megah, Tapi Sedikit Gusar Dengan Noryn Aziz

by Phic ARMAN
April 5, 2019
Share on Facebook

Diadakan di pertengahan minggu, tepatnya hari Khamis malam (4/4), Media Preview Konsert 3 bintang berbakat besar, Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah yang bertajuk “Soul Sisters” begitu memukau penonton. Perjalanan menuju venue iaitu Istana Budaya pada malam itu tidaklah mudah. Hujan lebat mewarnai cuaca sekitar Kuala Lumpur pada hari itu membuktikan hal tersebut tidak menjadi halangan bagi sejumlah ahli media yang ingin menyaksikan konsert 3 Diva popular ini.

Pemilihan ketiga-tiga selebriti itu dibuat oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE), berdasarkan reputasi serta kemampuan mereka mendendangkan lagu bergenre soul dan R&B.

Konsert Soul Sister ini berlangsung megah seperti yang dijanjikan. Konsert dibuka dengan persembahan dari penyanyi latar menyanyikan lagu dari Patti Labelle, Hey Sister, Soul Sister. Saat lagu itu didendangkan, ketiga-tiga penyanyi diperkenalkan satu-persatu dengan diiringi lagu hits masing-masing. Beberapa lagu seperti ‘Mulanya Di Sini, Khayalan dan Cinta Di Akhir Garisan dinyanyikan secara harmoni oleh Noryn, Misha dan Siti Sarah.

Sebelum melanjutkan konsert dengan segmen seterusnya, tiga diva membuka percakapan dengan penonton yang begitu santai dan terhibur dengan aksi bersahaja mereka.  Setelah itu, dua diva Misha dan Siti Sarah undur diri kebelakang pentas dan disusuli persembahan dari Noryn Aziz menyanyikan lagu Inggeris berjudul Unbreak My Heart (Toni Braxton) secara solo. Memang tak boleh dinafikan, gaya penyampaian Noryn begitu menyentuh hati jika menyanyikan lagu bertema cinta, penonton tiba-tiba seperti terpukau sepanjang persembahan solo pertama Noryn ini.

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan

Kondisi Noryn Aziz Membimbangkan

Sebagai peminat Noryn, saya merasa gusar tatkala melihat kondisi suaranya yang sedikit terjejas. Mungkin kerana latihan vokal yang ketat, Noryn beberapa kali terpaksa mendapat air minuman sebelum memulakan persembahan. Apa yang lebih membimbangkan , ketika menyampaikan lagu dengan nada yang tinggi, suara Noryn hampir koyak. Tidak dapat dipastikan samaada Noryn mengalami masalah kesihatan ataupun kurang rehat sehingga menjejaskan vokal beliau pada malam itu.

Selepas Noryn, disusuli dengan persembahan Misha dan Siti Sara membawakan lagu Inggeris yang tak kalah hebatnya. Ternyata ketiga-tiga mereka memiliki aura dan kelebihan masing-masing yang tiada tolok bandingnya.

Sebelum mengakhiri persembahan, mereka bertiga menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada pencapaian wanita dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Survivor (Destiny’s Child) dan I Will Survive (Gloria Gaynor).

Meskipun berlangsung megah, dengan baju glamour, sebahagian ahli media konsert terlihat kecewa kerana merasakan konsert ini terlalu singkat. Saya difahamkan, pada malam tersebut hanyalah ‘Sneak Preview’ sebelum konsert sebenar yang akan berlangsung bermula pada hari ini.

Walaubagaimanapun, persembahan akhir mereka dihadiahi tepukan meriah yang cukup membanggakan. Mudah-mudahan Konsert Soul Sisters ini akan jadi konsert yang tak terlupakan di sejarah industri musik Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Konsert dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019 dan lebih banyak lagu akan disajikan kepada penonton. Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
misha omarnoryn azizsiti sarasoul sisters
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara