Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

King Coco Tidak Tolak Peluang Libatkan Anak Dalam Industri Hiburan

by Khai Azfar
April 11, 2019
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, nama King Coco sering kali menjadi perhatian netizen di media sosial. Ada sahaja video dan gambar selebriti media sosial ini menjadi bahan kecaman netizen sehingga membuatkan empunya nama Mashaira Ismail ini nekad menyahaktifkan ruangan komen di Instagram nya.

Masih Aktif 

Biarpun begitu, King Coco atau lebih mesra disapa sebagai Coco ini masih aktif di media sosial dan turut membuat ulasan produk-produk di laman Instagram nya. Tidak cukup dengan itu, populariti Coco turut terkena tempias pada anaknya, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun lima bulan.

Melihatkan keletah anaknya itu dan populariti yang ada pada Coco, ramai yang tidak tolak kemungkinan bahawa kemungkinan anaknya itu akan turut bergelar selebriti suatu hari nanti.

Tidak Tolak Untuk Babitkan Anak Dalam Industri Hiburan 

Menjawab persoalan tersebut kepada murai.my, Coco memberitahu bahawa dia sama sekali tidak akan menghalang minat anaknya untuk terbabit dalam industri hiburan sekiranya meningkat dewasa kelak.

Malah biarpun anaknya itu baru sahaja menginjak usia setahun, buat masa ini Coco tidak tolak kemungkinan untuk membabitkan anaknya itu dalam mana-mana pembikinan sekiranya turut diizinkan suaminya yang dikenali sebagai Kapten Azrin.

” Insyallah kita akan ketengahkan Mateen juga suatu hari nanti. Namun segalanya kena mendapat keizinan dari bapanya (Kapten Azrin). Sekiranya diizinkan Coco akan cuba bawa Mateen ke industri seni. Bagi Coco, sama sekali tidak akan menghalang dan juga tidaklah ingin mengalakkannya kerana apa pun pelajaran harus diutamakan” 

Perkembangan terbaharu mengenai Coco ketika ini, dia akui ada menerima pelbagai tawaran untuk terbabit dalam sesebuah drama, namun kebanyakkannya terpaksa ditolak memandangkan ada diantara watak tersebut tidak sesuai dengannya selain mahu meluangkan lebih masa bersama keluarganya. Coco ditemui murai.my ketika sesi preview Ramadan Buffet di Hotel Dorsett Putrajaya semalam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
king coco
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara