Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026
Share on Facebook

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana orang ramai melihat mereka selepas kontroversi reda.

Terbaharu, pengasas Oriental Kopi, Dato’ Calvin Chan, menerima pujian netizen selepas tampil memberikan respons berhubung isu menu restoran berkenaan yang sebelum ini menjadi perbualan di Threads.

Apa yang menarik, beliau tidak sekadar memberikan maklum balas di media sosial, malah turut tampil dalam sesi temu bual radio Hot FM bagi menjelaskan perkara tersebut.

Founder Oriental Kopi Pilih Dengar Teguran, Bukan Melatah

Menerusi perkongsian yang tular di Threads, ramai pengguna media sosial menyifatkan tindakan Dato’ Calvin Chan tampil ke hadapan dan memohon maaf secara terbuka sebagai sesuatu yang wajar dihargai.

Ada yang berkongsi bahawa mereka mendengar temu bual beliau di radio, malah memuji sikap tenangnya ketika berhadapan dengan isu tersebut.

Bagi sesetengah pelanggan, tindakan ini menunjukkan bahawa teguran orang ramai tidak semestinya perlu berakhir dengan pertelingkahan. Kadangkala, mendengar dan memperbaiki kekurangan jauh lebih penting daripada sibuk mempertahankan diri.

Yalah, pelanggan bersuara bukan semestinya mahu menjatuhkan perniagaan. Ada kalanya mereka cuma mahu melihat jenama kegemaran menjadi lebih baik.

Oriental Kopi

Oriental Kopi Bakal Perkenal Menu Bahasa Melayu

Sebelum ini, Oriental Kopi turut memberikan respons menerusi Threads dengan memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam proses memperkenalkan reka bentuk menu baharu yang menyertakan Bahasa Melayu.

Topik Berkaitan Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya Bawa Ritual 'Kopi Dulu' Sempena Hari Malaysia

Dalam kenyataan itu, pihak restoran turut memohon sedikit masa untuk melaksanakan penambahbaikan, sambil menegaskan bahawa Oriental Kopi adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Perkembangan ini menerima reaksi positif, termasuk daripada penyanyi dan cef, Fazley Yaakob, yang menawarkan bantuan untuk mencadangkan nama dalam Bahasa Melayu bagi menu restoran tersebut.

Oriental Kopi

Beliau turut mengingatkan bahawa masih belum terlambat untuk melakukan penambahbaikan berdasarkan teguran orang ramai.

Bahasa Melayu Bukan Sekadar Hiasan Menu

Hakikatnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam perniagaan bukan sekadar soal terjemahan. Ia juga berkait dengan identiti negara dan usaha memastikan pelanggan daripada pelbagai latar belakang berasa dialu-alukan.

Dalam dunia perniagaan hari ini, maklum balas pelanggan boleh tersebar dengan pantas di media sosial. Sebab itu, cara sesebuah jenama bertindak balas sama pentingnya dengan isu yang dibangkitkan.

Oriental Kopi

Kini, ramai menantikan menu baharu Oriental Kopi yang dikatakan bakal merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Bagi MURAI, teguran yang diterima dengan hati terbuka boleh menjadi peluang untuk berkembang. Yang penting, bukan sekadar janji di media sosial, tetapi sejauh mana perubahan itu benar-benar dilaksanakan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
oriental kopi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Lori Sampah Alam Flora, Bangladesh
Sosial Buzz

[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

by Nurul A.
August 27, 2026

Sebuah video yang dimuat naik di platform Threads dan TikTok telah mencuri perhatian apabila memaparkan sebuah lori sampah, milik syarikat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

by Phic ARMAN
August 25, 2026

Hasrat nak bersantai sambil menikmati suasana hijau di Taman Tasik Danau Kota bertukar sedikit kurang selesa apabila seorang rakyat meluahkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara