Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Toy Story 4 Penuh Dengan Emosi!

by Khai Azfar
June 21, 2019
Share on Facebook

Semalam merupakan tayangan rasmi filem animasi terkenal, Toy Story 4 selepas 9 tahun sejak filemnya yang ketiga menemui peminat pada tahun 2010. Menurut pengarahnya, filem sekual yang keempat ini adalah merupakan filemnya yang terakhir sejak ditayangkan 24 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995.

Penuh Dengan Emosi 

Bagi sama-sama mengimbas kembali zaman kanak-kanak terdahulu, kami tidak turut lepaskan untuk menonton filem animasi yang mana bagi kami ianya merupakan edisi terbaik jika dibandingkan antara kesemua edisi terdahulu. Jika dilihat pada Toy Story 4, pelbagai elemen telah dimasukkan dengan baik.

Namakan saja kelakar mahupun babak sedih segalanya telah digarap dalam filem ini. Ketika menonton filem ini, kami pasti akan mula terbayang-bayang detik ketika menonton filem ini suatu ketika dahulu dan tidak keterlaluan jika kami pesan pada anda untuk sediakan tisu kerana air mata anda mungkin mengalir tanpa disedari!

Sinopsis Toy Story 4

Spoiler Alert! Sinopsis ini mungkin akan ada sedikit spoiler jadi buat anda yang belum lagi tonton filem Toy Story 4, barangkali anda boleh langkau bahagian ini. Toy Story 4 mengisahkan Woody kembali bersama-sama rakan-rakannya untuk membahagiakan Andy. Namun kini, Andy telah meningkat dewasa dan kesemua permainan telah diwariskan kepada anak kawan ibunya, Bonnie.

Biarpun Bonnie tidak lagi bermain bersama Woody sama seperti Andy, namun Woody tetap mahu gembirakan ‘tuan baru’ nya itu sehingga menyelinap masuk dalam beg Bonnie ketika pendaftaran tadika. Disitu, Bonnie telah mencipta Forky, sebuah mainan baharu yang menjadi kegemarannya.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
review filem toy story 4sinopsis toy story 4toy story 4
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara