Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Elemen Seram Dalam Filem Guest ‘Kurang Menyengat’

by Khai Azfar
July 18, 2019
Share on Facebook

Semalam sebuah tayangan awal filem seram berjudul Guest telah diadakan di GSC Paradigm Mall hasil kerjasama murai.my dan GSC Movies. Tidak keseorangan disitu kami turut ditemani oleh 70 orang pembaca bertuah kami!

Filem Rusia Yang Telah Dialih Bahasa 

Filem Guest merupakan filem yang berasal dari Rusia. Disaat kami menonton trailer nya sudah terasa terdapat sesuatu yang pelik dimana pertuturan para pelakon tidak sama dengan pergerakan mulut. Ternyata telahan kami benar kerana filem Guest telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Di situ, ‘markah penuh’ filem ini sudah pun dipotong kerana tidak menunjukkan bahasa yang sebenar. Jika mereka memikirkan bahasa merupakan satu masalah, mengapa filem Thailand dan Turki masih boleh dikekalkan bahasanya dan elemen seram tersebut masih boleh dirasai bukan?

Sinopsis Guest 

Sedikit tentang sinopsis filem ini. Filem Guest berkisarkan mengenai 5 orang remaja yang ingin berparti di sebuah rumah terbiar.

Tanpa menyangka rumah tersebut sebenarnya berpenghuni, tuan rumah yang asal telah muncul dan memberi amaran kepada mereka untuk meninggalkan rumah itu.Mengendahkan amaran tersebut, remaja-remaja ini terus berparti namun salah seorang daripada mereka sedar akan kewujudan entiti yang tidak diundang dalam rumah itu.

Jalan Cerita Sedikit Perlahan

Jadi apa yang anda boleh jangkakan untuk filem Guest ini? Semestinya elemen seram yang ditonjolkan namun bagi kami ianya seakan kurang menyerlah kerana jalan ceritanya agak sedikit perlahan dan babak ‘suspen’ hanya muncul di pertengahan filem.

YouTube video

Tidak dinafikan unsur jump scare menyelamatkan cerita ini namun sekiranya diletakkan di skala maksimum sudah pasti kami akan letakkan Guest dalam senarai wajib tonton.

Apa pun, filem Guest tetap sebuah filem yang seram untuk ditonton. Kami beri rating 2.5/5 kerana jalan ceritanya  tiada ‘wow factor’ dan tidak keterlaluan jika kami katakan jalan ceritanya agak sedikit cliche. Untuk anda yang ingin menonton filem ini ianya akan ditayangkan serentak bermula pada 18 Julai ini diseluruh pawagam GSC berhampiran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Filem Guestreview filem guestSinopsis Filem Guest
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara