Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Siti Nurhaliza & Fara Fauzana Diiktiraf Usahawan Muda Paling Berpengaruh

by Khai Azfar
August 5, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE) telah pun diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mana dalam acara berprestij itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Siti Nurhaliza Dedikasi Anugerah Buat Anak 

Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri diceburi mereka. Dalam senarai 100 individidu itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pengacara terkenal Fara Fauzana merupakan antara penerima anugerah tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Seperti yang diketahui ramai, selain daripada menyanyi Siti turut aktif dalam bidang keusahawanan apatah lagi kini sedang giat mempromosikan beberapa produk rangkaian di bawah syarikat miliknya, SimplySiti. Mendedikasikan anugerah tersebut buat anaknya, Siti Aafiyah Khalid, Siti berharap agar permata hatinya itu akan membesar menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada masyarakat.

Berjaya Kerana Faizal Dan Tini 

Dalam perkembangan lain, bagi Fara  yang turut memiliki salah satu cawangan minuman berasaskan ‘bubble tea’, Chatime meluahkan rasa syukurnya apabila diberi penghormatan sedemikan. Kongsi Fara lagi menerusi laman Instagram nya, pengiktirafan itu tidak akan berjaya tercapai sekiranya tanpa bantuan dan sokongan dari dua orang lagi sahabat karibnya Faizal Ismail dan Tini Ariffin yang juga pengasas bersama hab kandungan digital, DBilique.

View this post on Instagram

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Menurut Fara, pengiktiran itu juga merupakan hadiah buat semua peminat yang menyokong rancangan digital itu biarpun baru sahaja menyambut ulangtahun mereka yang pertama pada Julai yang lalu. D’Bilique merupakan satu platform digital yang memaparkan slot wawancara gaya hidup serta turut menjemput selebriti-selebriti terkenal tanah air sebagai artis undangan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri siti nurhalizaFara Fauzana
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara