Di sebalik dunia glamour selebriti Bollywood, kebanyakkan dari mereka tidak terlepas dari penyalahgunaan bahan terlarang. Ada di antara mereka terpaksa mengambil dadah demi menjayakan watak ataupun sekadar untuk suka-suka sehinggakan ketagihan.

Berikut ialah senarai artis-artis Bollywood yang pernah dikatkan dengan kesalahan penggunaan dadah yang dipetik dari India Times.

IKLAN

1Sanjay Dutt

Mungkin peminat aktor macho Sanjay Dutt ini tahu bahawa beliau pernah dibebaskan dari penjara kerana disabitkan kesalahan memiliki senjata yang digunakan dalam ledakan bom tahun 1993.

Namun tak ramai yang tahu jika pada tahun 1982, Sanjay Dutt ini pernah ditangkap kerana memiliki dadah. Dia pernah di hantar ke pusat rehabilitasi di Amerika Syarikat atas saran bapanya Sunil Dutt.

2Ranbir Kapoor

Ranbir Kapoor pernah mengalami pasang surut dalam kariernya. Berkat kerja kerasnya, kekasih Alia Bhatt ini sering mendapat perhatian dari para penerbit filem serta penonton.

Tapi tahukah anda jika Ranbir pernah terjebak dengan penggunaan dadah dan alkohol? Dia dulu pernah hisap ganja, dan dia juga menggunakannya sebagai alat untuk memperkuat wataknya di Rockstar.

Dalam sebuah temuduga dengan India Today, Ranbir mengaku dia juga menggunakan dadah ketika berada di sekolah perfileman.

3Gauri Khan

Isteri dari salah satu bintang terbesar India, Shah Rukh Khan pernah dikaitkan dengan kisah penggunaan dadah di India. Gauri Khan sempat ditahan oleh anggita polis di Lapangan Terbang, Berlin kerana dia didapati menyimpan marijuana. Namun dia dibebaskan setelah mengakui bahwa itu adalah salah satu ubat yang memang harus dia minum, bukan untuk membuatnya dirinya ketagihan.

IKLAN

4Sussanne Khan

Penglibatan isteri Hrithik Roshan, Sussanne Khan dalam penyalahgunaan dadah mengejutkan orang ramai. Sussanne disebut-sebut sebagai penagih kokain.

Sussanne didakwa sering menggunakannya saat berpesta malam dengan teman-temannya. Masalah ketagihannya inilah yang khabarnya membuatkan rumah tanggadengan Hrithik Roshan berantakan.

5Manisha Koirala

Manisha Koirala, salah satu nama paling popular dari Bollywood di tahun 90-an, dalam dunia perfileman. Popularitinya membuat aktres tersebut menjadi alkoholik dan penagih dadah yang extrim.

Berpunca dari tabiat inilah yang membuatnya menghidapi kanser serviks. Kini Manisha telah berubah menjadi seorang yang benar-benar anti-dadah.

6Arjun Rampal

Arjun Rampal dikatakan terlibat dengan mengambil bahan terlarang seperti ganja. Persahabatannya dengan Sussanne Roshan terjalin erat kerana sama-sama mengalami ketangihan ini.

7Preity Zinta

Preity Zinta pernah dikhabarkan ketagihan kokain. Dia dulunya sering menggunakan bahan terlarang ini dengan bekas kekasihnya, Ness Wadia.