Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sharnaaz Ahmad Suarakan Bantahan Kepada Kerajaan Susulan Kematian Nora Anne

by Phic ARMAN
August 14, 2019
Share on Facebook

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengutuk dan sedih dengan kematian remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari resort penginapan keluarganya.

Sehingga artikel ini ditulis, polis sedang menjalankan siasatan mengikut kes orang hilang dan menunggu hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar.

Spekulasi Mangsa Di rogol?

Susulan dari kejadian itu , ramai yang membuat spekulasi bahawa mangsa telah dirogol kerana ditemui dalam keadaan tidak berbaju. Walaubagaimanapun, sehingga saat ini keputusan rasmi hasil bedah siasat belum dikeluarkan oleh pihak polis.

Spekulasi ini turut mendapat perhatian dari Sharnaaz. Dalam posting terbarunya di Instagram, Sharnaaz  berkata dia sangat kesal dan berharap si pelaku wajib mati dan diseksa sebelum dihukum mati.

“Rest now dear Nora Anne.. berat menerima berita ini, tapi harap keluarganya tabah.. pelaku wajib mati dan diseksa sebelum mati.. kerajaan jangan sesekali sebut pasal hapuskan hukuman mati.. MUSTAHIL !!” katanya di Instagram

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menyuarakan bantahan terhadap kerajaan supaya tidak sesekali menyebut untuk menghapuskan hukuman mati di Malaysia.

Ini berikutan daripada cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati di Malaysia. Dipetik dari BH Online, cadangan kerajaan itu mendapat bantahan daripada banyak pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan keluarga mangsa bunuh yang beranggapan pemansuhan hukuman itu sebagai tidak adil kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat perbuatan kejam oleh individu tidak berperikemanusiaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nora annesharnaaz ahmad
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara