Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Buat ‘Comeback’! Ewal & Akma Abdullah Kembali Dengan ‘Masih Ada’

by Khai Azfar
August 23, 2019
Share on Facebook

Kedua-dua penyanyi ini iaitu Ewal dan Akma Abdullah mula dikenali ramai menerusi program realiti Akademi Fantasia terdahulu.Namun buat seketika, kedua-dua mereka dilihat memperlahankan sedikit karier nyanyian berbanding rakan-rakan seangkatan sebelum membuat ‘comeback’ pada tahun 2019.

Kembali Dengan ‘Masih Ada’ 

Meskipun berbeza usia dan muncul dalam dua musim Akademi Fantasia yang berlainan, namun itu bukanlah satu alasan buat Ewal dan Akma untuk berduet bersama menerusi single terbaharu mereka yang berjudul ‘Masih Ada’. Sesuai dengan kemunculan semula mereka, menariknya single ini ianya bukan sahaja lagu ciptaan komposer Jaybon malah liriknya ditulis oleh Ewal sendiri atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz bin Ismail.

Menurut Ewal, perancangan awal lagu ini sebenarnya ingin menggabungkannya dengan seorang penyanyi dari Singapura. Namun selepas perbincangan bersama komposer, mereka bersepakat bahawa paduan suara Ewal bersama Akma jauh lebih sesuai.

“Projek menghasilkan lagu duet ini sudah dirancang sejak 3 bulan yang lalu. Pada awalnya mereka inign menggandingkan saya dengan penyanyi dari Singapura. Tapi akhirnya mereka berpendapat suara dan vokal Akma lebih sesuai dan serasi dengan saya di dalam lagu seperti ini”

Satu Penghormatan Buat Akma

Jelas Akma pula, muncul berduet bersama Ewal ibarat satu penghormatan besar buatnya. Manakan tidak, selepas 14 tahun tidak menghasilkan lagu duet ianya satu peluang yang tidak harus disia-siakan.

Tambah Akma lagi yang juga mewakili Malaysia baru-baru ini menerusi Golden Memories Asia 2019 di Indonesia, dia akui single ini bukanlah mudah untuk dibawa. Ini kerana menurut Akma, ‘Masih Ada’ banyak bermain dengan jiwa biarpun dia sendiri pernah menyanyikan lagu balada.

“Lagu ini berat dengan soul dan saya akui tidak mudah membawakan lagu ini walaupun sebelum ini saya pernah menyanyikan lagu balada. Ini kerana sudah 14 tahun saya tidak menyanyikan lagu duet,”

YouTube video

Sebagai info, Ewal telah menyandang tempat ketiga di dalam Akademi Fantasia musim ke-11 manakala Akma pula terlebih dahulu sertai rancangan realiti itu menerusi musim ketiga yang menyaksikan Mawi muncul sebagai juara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Akma Abdullahewal
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara