Siti Badriah kini telah rasmi menyandang status sebagai istri kepada Krisjiana Baharudin. Penyanyi dangdut yang popular di Indonesia mahupun di Malaysia ini telah rasmi bernikah dengan Krisjiana pada 25 Julai lalu. Sedangkan acara resepsi pernikahan Sibad dan Krisjiana diadakan pada 27 Julai di Bogor, Jawa Barat.
Walau bagaimanapun, Siti Badriah baru-baru ini menyuarakan rasa kesal selepas lebih daripada sebulan berkahwin dengan Krisjiana. Ini diluahkan oleh penyanyi lagu “Lagi Syantik” apabila dia hadir sebagai artis undangan dalam program “Ini Empat Empat Mata” yang dikendalikan oleh Tukul Arwana.
“Bagaimana rasanya selepas sudah berkahwin? Menikah itu biasa-biasa saja tapi gurih (lazat) ya,” kata Tukul, memulakan perbualan dengan Siti Badriah.
“Wow, kalau kamu kata selepas nikah itu gurih, saya menyesal,” jawab Siti Badriah.
“Kenapa?” Tukul bertanya lagi.
“Kenapa lah tak dari dulu (berkahwin) seperti itu,” jawab Siti Badriah, yang terus disambut oleh ketawa dari penonton studio.
Kata-kata Siti Badriah ini memberi gambaran bahawa dia menyesal lewat bernikah dan sepatutnya bernikah dari dulu dengan Krisjiana kerana dia baru sedar bahawa melayari bahtera perkahwinan itu tersangat indah.
Sementara itu, Siti Badriah mempunyai cerita lucu tentang apa yang berlaku pada malam pertama dengan suaminya. Nampaknya penyanyi berusia 27 tahun itu tidak dapat bermesra-mesra dengan Krisjiana, sehingga gagal merasakan malam pertama kerana ramai kawan-kawan dan keluarga berkumpul di rumah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.