Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees

by Khai Azfar
September 25, 2019
Share on Facebook

Tampil memberi saingan di dalam Gegar Vaganza 2019 kelak, kumpulan One Nation Emcees kini kembali bersatu selepas berehat seketika di dalam industri hiburan.

Sabhi Saddi Kembali Bersama 

One Nation Emcees yang sebelum ini dianggotai oleh Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae dan Zydee sebelum ini dikenali dalam rancangan realiti GangStarz 2 pada 2008 dan turut muncul sebagai juara. Biarpun begitu, untuk GV6 Zydee tidak dapat turut serta dan ‘tempat’ nya telah diganti dengan seorang ahli lama mereka yang juga penyanyi, Sabhi Saddi.

Kemunculan Sabhi dalam One Nation Emcees dan juga GV ternyata mengejutkan peminat. Ini kerana ramai yang tidak tahu bahawa Sabhi sebelum ini pernah menganggotai One Nation Emcees pada tahun 2010 buat seketika menggantikan Kozae yang ketika itu mengalami masalah kesihatan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan One Nation Emcees, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, ‘kemasukan semula’ Sabhi dalam kumpulan mereka sebenarnya tidak dirancang dan berlaku begitu pantas.

“Waktu itu kami telah memanggil semula kesemua ahli One Nation Emcess mengenai tawaran ini. Namun Zydee beritahu yang dia tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitmen lain, jadi kami hubungi Sabhi untuk sertai kembali. Sebenarnya sebelum ini ada seorang lagi ahli One Nation Emcees iaitu Alya, jadi kami terfikir Sabhi dahulu dan dia pula terus bersetuju tanpa berfikir panjang,terus jadilah barisan One Nation Emcess yang baharu”

Raikan Ulangtahun One Nation Emcees Yang Ke-11

Jelas Mimi, sebenarnya kumpulan mereka telah menerima tawaran untuk menyertai GV pada musim lalu namun terpaksa menolaknya kerana terikat dengan komitmen masing-masing. Memandangkan tahun ini merupakan tahun ke-11 mereka di dalam industri, mereka terfikir untuk kembali mewarnai industri.

Biarpun bersaing dengan nama-nama hebat dalam industri, mereka akan cuba memberikan yang terbaik dengan keunikan mereka sendiri yang sememangnya terkenal dengan gerak tari lincah dalam setiap persembahan yang ditonjolkan. Bagi Sabhi pula, dia beranggapan bahawa ini merupakan satu peluang buatnya dan ahli kumpulan yang lain untuk kembali. Akui pada permulaannya agak sedikit kekok kembali apatah lagi penyertaan bersama kumpulan, menurut Sabhi yang terkenal dengan lagu Nadiku, mereka sudah mempunyai strategi untuk serasi bersama dan terima kekurangan dan kelebihan masing-masing.

“Dari awal lagi kami letakkan diri tak nak tertekan sangat dengan konsep pertandingan.  Kami nak orang ingat kembali One Nation Emcees, nak bagi aura kegemilangan kumpulan sekitar 8 tahun dahulu.Kami aku mungkin tak boleh bersaing dengan peserta hebat yang lain namun kami akan cuba  mewarnainya kembali.”

One Nation Emcees ditemui murai.my di majlis sidang media pengumuman peserta Gegar Vaganza 6 petang Selasa di The Garden Mall, Kuala Lumpur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gegar Vaganza 6one nation emceessabhi saddisabhi saddi one nation emcees
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara