Big Stage 2019 melabuhkan tirainya dengan menobat penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara bagi musim ini.

Menepati Ramalan 

Dalam pentas akhir program realiti itu, Hany Byul yang membawa lagu Lose Yourself dan single baharunya berjudul Luka & Bahagia menewaskan empat lagi peserta akhir lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata.

Menepati ramalan sebelum ini, kemenangan Han Byul seperti sudah dijangka memandangkan penyanyi ini sering kali mendapat kedudukan teratas pada setiap minggu.

IKLAN

Bawa Pulang Perodua Axia Baharu 

Memperoleh markah keseluruhan sebanyak 70.33%, kemenangan tersebut membolehkan Han Byul membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar VIVO V17 Pro beserta trofi sumbangan Astro dan plak penghargaan VIVO BBNU Of The Week.

Juara : Han Byul
Naib Juara : Neeta
Tempat Ketiga : Adzrin
Tempat Keempat : Irfan Haris
Tempat Kelima : Dinda Permata

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan yang kekal berada di kerusi juri tetap, pada peringkat akhir ini juga telah menjemput penyanyi Misha Omar menyertai trio juri sebagai juri jemputan. Tahniah buat semua pemenang!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN