Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Neelofa Menang Kategori Usahawan Influencer Awards 2019 Monaco

by Khai Azfar
October 7, 2019
Share on Facebook

Membanggakan! Itulah yang boleh digambarkan buat selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa yang berjaya memenangi anugerah dalam kategori usahawan di Influencer Awards 2019 Monaco.

Dedikasi Kemenangan Buat Penyokong Setia 

Dalam anugerah berprestij antarabangsa itu yang berlangsung selama dua hari di Monaco pada 5 dan 6 Oktober, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berjaya mengalahkan 8 lagi pesaing di dalam anugerah itu yang masing-masing mempunyai pengaruhnya tersendiri.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.

“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,”

“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,” katanya

Menerusi ucapannya di laman Twitter pula, Neelofa berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih dirinya sebagai pemenang selain mendedikasikan kemenangan tersebut buat mereka yang sering kali menyokongnya sejak dari awal pembabitan dalam industri ini.

Thank you again for the nomination and this award,
@influencerawardsmonaco. This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019 pic.twitter.com/bGZZxyvrM6

— Neelofa (@Neelofa) October 7, 2019

Sebagai info, ini merupakan tahun kedua anugerah ini diadakan bagi menghargai individu-individiu berpengaruh di seluruh dunia dalam kategori masing-masing.

Influencer Awards 2019 Monaco telah dicetuskan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan juga Thomas Peters.

Perkenal Koleksi Lip-Matte Baharu

Dalam perkembangan lain, Neelofa turut hadir dengan koleksi lip-matte baharu menerusi kerjasama perdananya bersama ibu tercinta, Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Young & Glow X Neelofa.

Menampilkan enam rona berbeza, warna-warna memikat Young & Glow X Neelofa ini dinamakan secara unik dan catchy sesuai mengikut sisi peribadinya sebagai usahawan dan anak seni.Enam warna tersebut adalah Lotus, MRSM, Tiga, Aquarius, Nona dan Kelantan.

https://lomp.at/l3bkb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore