Thursday, September 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

“Ibu Sampai Gadai Gelang Emas Nikah”- Alha Alfa Luah Rasa Terkilan

by Phic ARMAN
October 11, 2019
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan mudah sebenarnya perjalanan hidup Datuk Alha Alfa untuk bergelar usahawan kosmetik dan terus mempunyai kehidupan mewah seperti yang anda lihat sekarang.

Ketika zaman susahnya, Alha akui beliau pernah mengalami kesempitan wang sehingga tidak dapat sambung belajar. Perkongsian tersebut telah didedahkan selepas menjawab soalan-soalan menerusi ‘Ask Me Question’ di IG Story miliknya.

Alha berkata, pada masa itu dia merasa buntu untuk mencari wang namun tidak menduga ibunya sanggup menggadaikan gelang emas pemberian bapanya sewaktu nikah demi menampung kos pembelajaran.

“Nak sambung belajar tapi duit tiada, kerja, kerja dan kerja tapi duit masih tak cukup. Sudahnya Ibu gadai gelang emas pemberian ayah ketika mereka bernikah”

Sehingga hari ini, dia masih ingat peristiwa itu dan merasa terkilan kerana tidak dapat menebus semula gelang emas kesayangan ibunya itu.

Kredit Foto: Alha Alfa

“Saya masih boleh ingat lagi gelang tu bentuk dan rupanya macam mana. Sampai sekarang lalu kedai emas tu, akan rasa sedih sebab kedai tu dah tiada” -luahnya

Walaubagaimanapun,  Alha telahpun menggantikan gelang emas ibunya tetapi tidak sama.

“Memang dah gantikan yang lain tapi dah tak sama, tak sempat nak ambil semula. Sebab ingatkan dapat PTPTN boleh ambil balik gelang tu, sekali dapat PTPTN habis buat assignment”

Kredit Foto: Alha Alfa

Begitulah kisah lama yang dikongsikan oleh Alha, kenangan lama menggamit memori. Sepertimana yang kita tahu, Alha atau nama sebenarnya Halim Mohd Al Fadzil, 31, baru sahaja bergelar suami kepada wanita pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, pada 28 September 2019. Semoga perkahwinan pasangan ini kekak hingga ke jannah. Amin..

https://lomp.at/fhqu2
Share11Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Noreen Iman Kongsi Kenangan Manis- “Amira Othman Senior Aku di Sekolah Lama”

  4. 4

    Pelakon Lelaki Popular Komen Perubahan Dahlia – “Redha Je lah’

  5. 5

    Didi Astillah Bagi Hint, Bella Astillah Bakal Berkahwin?-“Tak Lama Lagi Akan Disatukan…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem