Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Mazleela Akui Lakukan Kesilapan Ketika Persembahan

by Khai Azfar
October 14, 2019
Share on Facebook

Setelah sekian lama, penyanyi yang kini merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2019 (GV6) Mazleela tampil mempersembahkan lagu hitsnya, Tabah dalam konsert GV6 minggu pertama malam tadi.

Mazleela Mendapat Kedudukan Paling Bawah 

Namun begitu, kemunculan semula Mazleela itu membuatkan peminat sedikit gusar apabila penyanyi itu diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukan paling bawah dengan perolehan markah sebanyak 46.67 peratus daripada juri tetap GV6 Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan Ella.

Namun begitu, memandangkan ini adalah minggu pertama GV6 berlangsung, kesemua penyanyi akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu hadapan termasuklah Mazleela yang akan mendendangkan lagu hits Ramlah Ram, Apa Khabarmu Di Sana.

Berpunca Daripada Earpiece Tidak Berfungsi 

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menurut Mazleela ketika ditemui murai.my, dia akui telah melakukan kesilapan ketika sedang membuat persembahan. Jelasnya, ketika itu dia telah berhadapan dengan gangguan teknikal daripada alat pendengaran(earpiece) yang tidak berfungsi. Malah ketika sedang menghadapi gangguan tersebut, dia terlihat salah seorang daripada juri memberi reaksi yang memuaskan namun tetap memberikan yang terbaik memandangkan ini adalah sebuah pertandingan.

“Sebenarnya saya akui ada lakukan kesilapan. Namun ianya berpunca daripada salah satu earpiece yang tidak berfungsi.Rangkap ketiga saya menyanyi dah bunyi lain. Ketika latihan memang dah perfect dan Datuk Ramli MS pun ada puji tetapi ketika persembahan sebenar, lain pula yang terjadi. Waktu itu saya ada bagi isyarat earpiece tidak berfungsi namun mungkin waktu itu mereka tidak perasan”

Tambah Mazleela,saat diumumkan sebagai peserta dengan kedudukan paling bawah dia sememangnya redha namun perkara seperti perasaan takut dan gementar disifatkan Mazleela sebagai sesuatu yang biasa biarpun untuk penyanyi berpengalaman sepertinya.

Error happened.
Gegar Vaganza 6Mazleela
https://lomp.at/vej7h
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara