Selepas Kasihku Selamanya, penyanyi tersohor negara Dato Sri Siti Nurhaliza tampil dengan single keduanya pada tahun 2019 yang berjudul Terang.

Video Muzik Terang Dimuatnaik Secara Rasmi 

Lagu hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan Shah Shamsiri itu baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu manakala video muziknya telah dimuatnaik pada dua hari yang lalu dengan capaian terkini sebanyak lebih dari 100 ribu jumlah tontonan. Rata-rata peminat memuji kerancakan lagu Terang, sesuatu yang sudah lama peminat ternanti-nantikan selama ini.

IKLAN

Hadiah Istimewa Menanti 

Menghangatkan lagi promosi lagu berkenaan, Siti turut mengumumkan satu khabar gembira buat peminatnya. Menerusi laman Instagramnya, Siti ingin mengajak mereka untuk sama-sama sertai #TerangMVChallenge. Dalam cabaran itu, mereka dikehendaki memuat naik video ‘Terang’ dengan cara yang paling kreatif dan Siti turut berkata terdapat hadiah istimewa menanti untuk para pemenang.

Sebelum ini, Siti turut merancakkan susur masa sosial media dengan mewujudkan cabaran Anta Permana yang turut mendapat respons yang cukup positif. Ada yang berminat untuk #TerangMVChallenge?