Belum bermula penggambaran, namun filem Mahathir: The Journey telah mencetuskan kontroversi. Manakan tidak, filem biografi mengenai perjuangan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) ini mendapat tentangan dari anak sulung Tun M iaitu Marina Mahathir.

Tentangannya ini diluahkan menerusi akaun twitternya pada 12 November 2019,

IKLAN

Menurut Marina lagi, keluarganya tidak rela mana-mana pihak membuat biopik, muzikal, kartun atau apa sahaja mengenai mereka kerana menganggap perkara itu memalukan.

10 Fakta Filem Mahathir: The Journey Yang Perlu Anda Tahu

Mungkin ramai yang tak tahu, filem ini masih belum lagi memulakan penggambaran, walaubagaimanapun barisan pelakon sudahpun mendapat skrip bagi melihat gambaran filem ini. Murai MY dijemput menghadiri pelancaran filem Mahathir: The Journey dan berikut beberapa fakta penting yang perlu anda tahu tentang filem ini.

10Dapat Sokongan Dari Datuk Dr Yusof Haslam

Filem Mahathir: The Journey secara rasmi diumumkan pada majlis pelancaran besar-besaran dan eksklusif yang diadakan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya. Pelancaran itu dihadiri oleh tetamu terhormat Datuk Dr Yusof Haslam, orang-orang kenamaan, pelakon utama, penaja utama, rakan kongsi strategik, rakan bersekutu, selebriti-selebriti, ahli media dan tetamu undangan yang dihormati.

9 Perjalanan 16 tahun Dr Mahathir

Filem yang dibentangkan oleh Reliance Media Group ini dan berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Dr Mahathir yang luarbiasa, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, sehingga kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.

8Arahan Prof Mohamad Hatta Azad Khan

Mahathir: The Journey akan diarahkan oleh pengasas filem yang dikenali, Prof Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya. Pembuat filem yang berpengalaman Yusof Kelana dipilih sebagai pengarah kreatif. Pelancaran filem sinematik 90 minit itu akan

7Menampilkan 29 karakter

Mahathir: The Journey menampilkan 29 karakter tokoh utama yang terkenal dalam senario politik Malaysia. Antara pelakon utama yang diperkenalkan dalam pelancaran itu ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir), Fauziah Latiff (Tun Hasmah), Hilal Azman (Anwar Ibrahim), Izzat Mustaq (Syed Saddiq), Afieq Hussain (DS Mukhriz Mahathir), Muhamad Harminder Singh (Gobind Singh Deo), Dian P. Ramlee (DS Wan Azizah) dan Lisdawati (Nurul Izzah).

6Sejarah politik Malaysia yang moden

Mahathir: The Journey mendedahkan aspek-aspek yang tidak diketahui ramai tentang ahli negarawan yang menjaga keperibadiannya tetapi garang dan berani di kalangan ramai. Filem ini akan memberikan gambaran yang jelas dan menarik mengenai sejarah politik Malaysia yang moden seperti yang dilihat melalui mata pembentuk-pembentuk terbesarnya. Ia bukan satu permintaan maaf atau pembelaan, tetapi satu tetapan yang menarik dan akan menceritakan bagaimana Dr Mahathir mencapai apa yang dilakukannya dalam masa yang begitu singkat dan kenapa

5Mendapat 100 peratus persetujuan dari Pejabat Perdana Menteri

Menurut Prof.Hatta, “skrip filem itu mendapat 100 peratus persetujuan dari Pejabat Perdana Menteri. Ejen khas Tun, Sufi Yusof, secara peribadi meneliti dialog dan tabir untuk memastikan tidak ada fakta yang salah.

IKLAN

4Mengimbau Kembali Detik-detik Tun M Meletakkan Jawatan

Antara detik-detik penting yang dijangka akan dimuatkan dalam filem ini termasuk peletakan jawatan Dr Mahathir semasa Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada 2002, perjalanannya ke Jepun dengan Tun Siti Hasmah pada tahun yang sama, suasana pemilihan 2008, pelancaran memoirnya pada tahun 2011, penarikan dirinya dari UMNO pada 2016, BERSIH 5.0, pengumuman pencalonannya sebagai Perdana Menteri dan kempen pilihan raya pada 2018, keputusan PRU 14 dan penabalannya sebagai Perdana
Menteri bagi kali kedua.

3Percintaan

Filem ini juga akan menyentuh tentang percintaan, penjagaan dan sokongan yang tidak bersyarat antara Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah, yang dilihat sebagai salah satu pasangan yang sungguh comel di Malaysia walaupun selepas 64 tahun berkahwin.

2Penggambaran Di Jepun

Pengambarannya akan berlangsung di Kuala Lumpur, Kelantan, Langkawi, Alor Setar, Pulau Pinang dan Hiroshima, Jepun.

1Kos Filem Mencecah RM6 Juta

Filem yang dianggarkan mencapai kos RM 6 juta ini, dijangka ditayangkan diseluruh negara dari Julai 2020, sempena bulan ulang tahun hari jadi Dr Mahathir.