Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

iR Radzi Tidak Kisah Dianggap ‘Raja OST’

by Khai Azfar
November 23, 2019
Share on Facebook

Sebelum ini penyanyi iR Radzi memulakan percaturannya dalam indusri hiburan sekitar tahun 2015. Malah ketika itu, iR atau nama sebenarnya Mohamad Shah Riadzi,36 turut mencapai pelbagai kejayaan seperti tercalon untuk Artis Terbaik Planet Music Awards 2015 serta Artis Lelaki Baharu Popular dan Penyanyi Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 meskipun baru sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi.

Buat ‘Comeback’ 

Terbaharu, bagi edisi 2019 iR kembali membuat ‘comeback’ dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Hanya Milikmu. Menariknya mengenai single ini, ianya bukan sahaja ciptaan iR sendiri malah turut diselitkan sebagai salah satu ‘Official Sound Track’ (OST) bagi dua buah drama iaitu Empat Penjuru di Astro Citra HD dan Setelah Ku Dimiliki di TV3. Menurut iR dia sebenarnya agak terkejut dan gembira kerana lagunya itu mendapat tempat pada pihak produksi sekaligus sedikit sebanyak membantunya mempromosikan lagu tersebut sehingga mendapat maklumbalas yang cukup menggalakkan.

‘Raja OST’ Satu Penghormatan 

GAMBAR . NSTP/MAHZIR MAT ISA.

Menurut iR, biarpun ada sesetengah pihak menggelarkannya sebagai ‘Raja OST’ , penyanyi yang berasal dari Sarawak ini menganggap ianya sebagai satu penghormatan buat dirinya. Sebagai rekod, beberapa buah single iR terdahulu seperti Stay, Cinta Terakhir dan juga duet bersama CK Faizal, Bujang Duda turut dipilih sebagai OST drama tanah air.

“Saya tidak pernah meletakkan sasaran lagu saya dijadikan OST mungkin kerana muziknya yang bersesuaian membuatkan pihak produksi memilihnya. Mungkin rezeki saya dekat sana dan saya amat berterima kasih kepada semua yang meminati lagu saya sehingga ianya dijadikan sebagai OST di dalam drama-drama.

kalau diberi penghormatan seperti itu Alhamdulillah. saya rasa masih ‘kecil’ lagi di dalam industri ini dan bernasib baik kerana dikelilingi oleh masyarakat yang banyak memberikan sokongan”

Jelas iR lagi, kehilangannya sebelum ini bukanlah bermakna dia meletakkan tanda noktah dalam perjalanan seninya. Sebaliknya iR masih lagi aktif menyanyi dan dalam masa yang sama diberikan kepercayaan untuk berkolaborasi dengan bakat-bakat muda tempatan khususnya di Sarawak.

YouTube video

Sehingga kini, dia telah menghasilkan dua buah lagu terbaru, ‘Go Ahead Sama-Sama’ yang digunakan sebagai lagu tema untuk Sarawak Anthem 2019 dan ‘Salam Gawai Raya’ bersempena perayaan Hari Raya dan Hari Gawai yang lalu. iR ditemui Murai.my pada petang Selasa di sesi bersama media bertempat di Hotel The Pearl Kuala Lumpur.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
iR Radzi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara