Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Naqiu Jawab Tuduhan Pernah Berkahwin Dua

by Khai Azfar
November 25, 2019
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini menerusi laman forum sembang atas talian, terdapat satu tuduhan yang menyatakan terdapat seorang bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) pernah berkahwin sebanyak dua kali.

Naqiu Pernah Berkahwin Dua? 

Biarpun tidak menyatakan dengan lebih jelas mengenai selebriti tersebut, berdasarkan komen balas daripada pengguna-pengguna yang lain ternyata ianya merujuk kepada vokalis kumpulan Boboy, Naqiu.

Dalam ruangan tersebut, dikatakan Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib,33 pernah mempunyai dua isteri sebelum menceraikan isteri pertamannya. Malah pengguna tersebut turut mempertikaikan mengenai anak-anak penyanyi itu yang dikatakan ada diantara mereka merupakan hasil perkahwinan pertama.

Nafi Tuduhan Tidak Berasas

Menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Naqiu menafikan bahawa dia pernah berkahwin dua. Malah mengenai tuduhan yang mendakwa sikap isterinya yang berpura-pura mesra, penyanyi itu berkata sebagai suri hatinya selama ini dia sememangnya akui isterinya itu seorang yang peramah dengan sesiapa sahaja.

saya pun tidak tahu bagaimana cerita itu datang. Kalau tengok anak-anak saya semuanya ‘rapat-rapat’ bila masa saya hendak kahwin lain?

Wife saya memang humble dan dia adalah teman hidup saya dan saya tidak sangka ada tuduhan seperti ini”

Anggap Sesuatu Yang Baik Untuk Naikkan Nama 

Tidak mudah melatah dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas sejak kebelakangan ini, Naqiu mengambil pendekatan untuk lebih terbuka untuk menanganinya. Malah dia menganggap segala spekulasi itu sebagai sesuatu yang baik untuk menaikkan nama dan kariernya semula sejak ‘hilang’ seketika di dalam industri.

“saya terbuka kepada apa pun ini bermakna orang memberi perhatian kepada saya. Dari segi positif orang sentiasa mencari saya, dari segi negatif mungkin ada yang cuba menjatuhkan saya.

Saya 12 tahun menyepi dan tiba-tiba saya keluar dalam masa sebulan lebih pelbagai kisah orang dah mula korek, benda itu sebenarnya ada yang baik untuk karier saya. Kepentingan saya adalah karier selepas ini kerana ada pelbagai perancangan yang ingin dibuat”

Naqiu ditemui Murai MY usai dari konsert minggu keenam Gegar Vaganza. Dalam minggu ini, Naqiu yang mendendangkan lagu Rampas dendangan asal Akim & The Majistret berada di kedudukan kedua selepas Hady Mirza dengan perolehan markah sebanyak 83%.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Naqiu BoboyNaqiu Boboy Kahwin Dua
https://lomp.at/ez40k
Share45Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem