Bukan dibuat-buat atau lakonan semata-mata, hakikatnya apa yang berlaku dalam persembahan kumpulan Jborn di ‘Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM 2019) minggu ke-4 Jumaat lalu cukup memberi kesan terhadap pelawak Vicha.
Manakan tidak, tak pasal-pasal Vicha jatuh tersembam di atas pentas gara-gara kerusi yang dia duduk patah dan berkecai. Kejadian itu sekaligus buatkan panggung gamat dengan sorakan & ketawa dari penonton. Apa yang menarik, air muka Vicha berubah dan menganggap ini bukan adegan yang dirancang dalam persembahan mereka.
Menurut Joey Daud, dia akui sengaja meletakkan kerusi yang diperbuat bahan polistren itu dalam persembahan dan ini hanya sekadar prank buat Vicha.
“Memang betul Vicha tidak tahu mengenai kerusi tu! Sebenarnya, masa rehearsal, kami guna kerusi yang betul. Jadi pada saat persembahan saya memutuskan guna yang dummy jer! Saya sendiri pun terkejut tengok reaksi wajah Vicha selepas kena prank“- jelasnya.
Menurut Joey yang menjadi dalang di sebalik kejadian ini berkata, dia hanya mahukan reaksi dari wajah Vicha dan ternyata ia menjadi.
“Memang saya sengaja nak dapatkan reaksi wajah Vicha itu dalam persembahan malam itu!
Dalam kenyataan lain, menurut Khir Rahman, Vicha tidak berkecil hati terhadap apa yang berlaku, dan dia mengakui bahawa Vicha lebih lasak daripada apa yang berlaku pada malam tersebut.
“Dia ada mengadu sakit punggung di belakang pentas selepas persembahan selesai. Tapi sebenarnya, Vicha yang saya kenal lebih lasak dari apa yang berlaku malam tadi. Itu baru sikit jer untuk dia”- kata Khir sambil ketawa.
Sementara itu, persembahan kumpulan Jborn berjaya menarik perhatian barisan juri menerusi markah tertinggi yang diperoleh. Persaingan pada minggu depan akan diteruskan oleh kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Jambus, Puteh dan Rojak.
MLM2019 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat bermula 1 November lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.