Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Penggambaran Filem ‘Avatar 2’ Rasmi Selesai, Bila Trailer Akan Keluar?

by Phic ARMAN
December 2, 2019
Share on Facebook

Suatu perkhabaran menarik dari franchise “Avatar” yang diarahkan oleh pengarah James Cameron. Selepas berkongsi first look “Avatar 2” pada bulan Oktober yang lalu, pihak produksi akhirnya mengumumkan bahawa proses penggambaran untuk sekuel itu telah selesai secara rasmi, lapor Collider.com.

Seperti yang dapat dilihat menerusi akaun Avatar rasmi di media sosial mengatakan bahawa mereka telah secara rasmi menyelesaikan proses penggambaran.

“Semuanya selesai, Na’vi Nation! Hari ini adalah hari terakhir kami penggambaran di New Zealand, dan kami merayakannya dengan sedikit bocoran,” tulis dalam muatnaik itu, sambil menyertakan foto Sea Dragon, sebuah kapal besar yang membawa pelbagai hiasan laut lain dalam sekuel ini.

Tetapi malangnya, pihak produksi mengumumkan bahawa mereka tidak akan melepaskan trailer filem dalam masa terdekat. “Malangnya tidak dalam masa terdekat (maaf!)”

Sebelum ini, penerbit Jon Landau juga pernah memberi pendedahan terkini mengenai sekuel “Avatar”. Dalam kenyataannya, Jon berkata bahawa setiap sekuel akan menjadi filem yang berdiri sendiri dan tidak berkait dengan “Avatar” yang pertama.

Sementara itu, beberapa pelakon lama mengesahkan akan kembali dalam sekuel ini. Bermula dari Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, hingga Sigourney Weaver. Mereka akan disertai pelakon baru seperti Kate Winslet, Edie Falco, Oona Chaplin dan Vin Diesel.

Malangnya, jadual pelepasan untuk “Avatar 2” sendiri masih ditangguhkan. Berita terkini mengatakan bahawa filem ini akan dikeluarkan pada Disember 2021, tanpa menyatakan tarikh rasmi. Sama-sama kita nantikan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara