Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

[VIDEO] Acong Sebak Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Nassier Wahab

by Khai Azfar
December 9, 2019
546
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian penyanyi terkenal popular, Datuk Nassier Wahab,57 baru-baru ini ternyata mengejutkan industri. Kehilangan pelantun Memori Cinta Luka itu bukan sahaja dirasai oleh peminat-peminat malah ramai rakan artis turut berdukacita dengan khabar berita itu.

Bintang GV2 Rapat Dengan Nassier Wahab 

Seperti yang sedia maklum Allahyarham sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua pada tahun 2015 dan menduduki tempat keempat. Biarpun sudah 5 tahun berlalu namun hubungan bintang-bintang GV2 bersama Allahyarham Nassier begitu rapat sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. Begitu juga dengan penyanyi dan pelawak, Acong SweetChild yang menganggap Allahyarham sama seperti abangnya sendiri.

Kehilangan Yang Besar Buat Acong 

gambar : meleTOP

Menurut Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat ketika ditemui Murai.my di rancangan Maharaja Lawak Mega 2019, dia begitu sedih kerana Allahyarham antara yang rapat dan terasa seperti satu kehilangan yang besar baginya. Mengimbas kembali detik manis bersamanya, Acong turut mendedahkan Allahyarham sering kali mengajak mereka solat bersama setiap kali sebelum memulakan persembahan di pentas GV beberapa tahun yang dahulu.

“Kalau cerita pasal Nassier Wahab, bagi saya bermula di GV2 itu dia seperti Abang Long bagi kami. Selalunya sebelum bermula, kita kena make up awal dan sebagainya. Tetapi adanya Allahyarham dia akan cakap ‘eh nanti sekejap, jom kita solat sama-sama dulu’.Kami dah memang macam keluarga. Untuk saya, bila dia sudah tiada memang satu kehilangan yang besar”

Pesanan Terakhir Nassier Wahab 

Dalam pada itu, Acong turut meluahkan rasa terkilannya kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi Allahyarham ketika dia terlantar sakit. Jelas Acong antara sebab dia tidak dapat berbuat demikian adalah kerana menghormati permintaan Allahyarham Nassier yang tidak ingin menerima tetamu kerana enggan mereka berasa sedih melihat keadaannya pada waktu itu. Biarpun begitu, seminggu sebelum Allahyarham pergi buat selamanya, dia sempat menasihati Acong dan bintang-bintang GV2 yang lain menerusi aplikasi Whatsapp mengenai tuntutan wajib sebagai umat Islam

“Satu perkara yang buat saya terkilan bila saya tidak sempat menziarahi arwah ketika dia sakit.Sebenarnya bukan tak nak pergi, saya memang teringin nak pergi tapi dalam GV2 punya group WhatsApp ada yang bercakap ‘nanti dulu, Abang Sier belum nak terima lagi pelawat-pelawat, hanya orang tertentu sahaja boleh. Kita pun hormati keputusan Arwah dan tunggu juga peluang untuk menziarahinya”

“Seminggu sebelum dia meninggal, dalam group WhatsApp Arwah ada berpesan ‘ingat 5 perkara(rukun Islam), dan lakukan 5 perkara itu’ Sampai bila-bila pun kami akan ingat”

“Abang Sier Saya Minta Maaf..”

Kongsi Acong lagi, sewaktu mendapat maklumat mengenai upacara pengebumian dia bergegas ke masjid yang dimaksudkan, lokasi Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan.

Ketika itu, dia merupakan antara orang yang terakhir diberikan kesempatan untuk menatap wajahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Masa nak kebumi itu, saya daripada rumah pukul 9.15 pagi saya tengok dalam group WhatsApp jenazah Allahyarham sudah berada di masjid untuk disembahyangkan. Ketika dalam perjalanan, saya berdoa banyak-banyak ‘Ya Allah bagilah aku peluang untuk tengok Abang Sier buat kali terakhir, Ya Allah..Ya Allah bagilah peluang..”

Alhamdulilah, saya diberikan peluang, Allah makbulkan doa saya. Sampai sahaja di masjid, jenazah masih disitu, tinggal untuk ditutup sahaja kerandanya sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Dekat situ, saya terdengar ada rakan-rakan arwah yang tanya ‘ada sesiapa lagi yang nak tengok Abang Nassier buat kali terakhir?’

Saya dengar je dekat situ terus bergegas minta izin untuk tumpang lalu pada orang ramai dan sampai sahaja disitu, saya terus peluk dan cium Arwah. Saya bercakap pada arwah ‘Abang Sier, saya minta maaf saya tak dapat datang jumpa Abang Sier masa dekat hospital. Abang Sier saya datang..orang rumah saya, Maria pun ni ada Abang Sier..” -katanya sebak

Dedah Acong lagi, dia turut bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama mengusung keranda Allahyarham masuk kedalam van jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu Belah Klang untuk dikebumikan.

Allahyarham Nassier Wahab meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini jam 12.45 pagi pada 5 Disember yang lalu dipercayai akibat komplikasi ketumbuhan pada rahang kiri yang dialami sejak lima tahun yang lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Acongnassier wahab meninggal dunia
https://lomp.at/i5c3d
Share218Tweet137SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem