Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

21 Penyanyi Bantu Artis Tempatan Menerusi ‘MY Buskers’

by Khai Azfar
December 12, 2019
107
KONGSIAN
Share on Facebook

Menyambut seruan dan menyokong FINAS dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam usaha menjaga kebajikan para penggiat seni tanah air, Astro Prima telah menerbitkan sebuah program hiburan, ‘My Buskers’.

My Buskers Bantu Artis Tempatan 

Rancangan ini bakal menampilkan barisan penyanyi popular tanah air yang membuat kemunculan istimewa untuk mengiringi persembahan kumpulan penghibur jalanan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘buskers’ di pelbagai lokasi ‘hotspot’ sekitar ibu negara bagi tujuan mengutip dana bantuan amal buat selebrit itempatan yang memerlukan.

21 Penyanyi Turun Padang 

Seramai 21 penyanyi popular tanah air yang terdiri daripada Black, Neeta, Jaclyn Victor, Exists, Bunkface, Siti Sarah Raisuddin, Mark Adam, Hujan, Tomok, Dato’ Awie, Azharina, Adira Suhaimi, Ameng, Drama Band, Usop, Ruffedge, One Nation Emcees, Dato’ Hattan, Azlan Typewriter, Amelina dan Lan Solo akan membuat kemunculan istimewa untuk mengiringi persembahan kumpulan penghibur jalanan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘buskers’ di pelbagai lokasi ‘hotspot’ sekitar ibu negara.

Wan Maimunah Dan Puteri Balqis Antara Penerima Sumbangan

Selain menyanyi, barisan selebriti jemputan juga turut berkongsi cerita dan pengalaman menarik sebagai anak seni secara santai untuk menghiburkan para pengunjung.

Sebagai info, Black & Neeta akan menyerahkan sumbangan mereka kepada pelakon, pengarah dan pelawak veteran; AR Badul, Jaclyn Victor & Exists (Wan Maimunah), Siti Sarah Raisuddin & Mark Adam (Puteri Balqis), Amelina & Lan Solo (Pian Cecupak), Drama Band & Usop (Alina Hassan), Dato’ Awie & Azharina (Hamid Gurkha), Ameng & Adira Suhaimi (Ku Faridah), Ruffedge & One Nation Emcees (Kartina Aziz), Dato’ Hattan & Azlan Typewriter (Azman Idris), Hujan & Tomok (Joey BPR) dan Bunkface (Shima).

Bermula 12 Disember 

Program ‘My Buskers’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 11 buah episod dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam mulai 12 Disember 2019 di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Untuk pilihan yang fleksibel, ‘My Buskers’ juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
my buskers
Share105Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara