Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Dah Dirancang? Astro Jawab Isu Kewujudan 2 Trofi Juara di Konsert Akhir GV6

by Khai Azfar
December 24, 2019
Share on Facebook

Kemenangan Naqiu Boboy dan Hady Mirza selaku juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) ternyata menimbulkan pelbagai persepsi dari peminat. Manakan tidak,buat pertama kali dalam sejarah industri muzik dan Gegar Vaganza sendiri, telah menobatkan dua penyanyi sebagai pemenang tempat pertama.

Kemenangan Yang Dirancang?

Biarpun ramai yang gembira dan berpuas hati dengan keputusan tersebut, namun terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kemenangan tersebut apatah lagi dengan kemunculan dua trofi tempat pertama yang diberikan buat para pemenang sekaligus mengandaikan bahawa kemenangan tersebut seperti sudah dirancang.

Menjawab dakwaan tersebut, pihak Astro menerusi Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, menafikan bahawa kemenangan tersebut sememangnya dirancang oleh pihak produksi. Malah dia turut memberitahu keputusan GV2019 ditentukan sepenuhnya oleh barisan juri dan mereka menghormati keputusan tersebut.

Salah Satu Trofi Adalah Mock-Up

Tambahnya lagi, berkenaan dua trofi yang sengaja ‘diwujudkan’ itu Raqim mendedahkan salah satu daripadanya adalah sebuah trofi mock up (model) yang digunakan untuk tujuan publisiti.

“Memandangkan ini keputusan akhir, jadi kita kita tiada mock up cek wang tunai untuk dua pemenang dan disebabkan ada trofi mock up yang digunakan untuk sesi rakaman dan publisiti, jadi tak salah kita gunakan sementara.

Selepas ini kita akan serahkan trofi sebenar kepada salah seorang pemenang dan kita akan tambah wang tunai dan bagi hadiah yang sama nilai untuk kedua-duanya,” kata Raqim ketika ditemui pihak media usai dari konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Ramli MS Bagi Kata Putus 

Dalam pada itu, menjawab persoalan mengapa memilih dua orang pemenang bagi edisi kali ini, juri tetap Datuk Ramli MS menyifatkan kedua-dua penyanyi itu layak merangkul gelaran berkenaan kerana persembahan mereka yang cukup konsisten dan tampil berbeza dengan kebanyakan peserta-peserta lain.

“Saya tak boleh ambil salah seorang jadi pemenang sebab kedua-duanya sama, tak salah kalau kita bagi saja dua-dua jadi juara.

Penyampaian mereka cukup ikhlas, bunyi nyanyian tidak menipu.Salah satu sebab mereka layak adalah kerana mereka respect bunyi dan prestasi nyanyian antara mereka cukup setara, mereka enjoy di atas pentas”

Selain Ramli MS,juri tetap yang mengadili GV6 ialah Hetty Koes Endang dan turut mengundang Datuk Rizalman sebagai juri jemputan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gegar Vaganza 2019juara gegar vaganza 2019
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara