• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zaki Azeman Bersedia Berhadapan Isu ‘Video Panas’

by Khai Azfar
January 2, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Memandangkan sejak kebelakangan ini pelbagai kontroversi panas melibatkan selebriti lelaki dan video bogel seumpamanya, pelakon baharu Zaki Azeman, bersedia menghadapi dakwaan yang sama sekiranya turut terpalit kelak.

Tolak Naik Dengan Kontroversi Murahan 

Menurut Zaki atau nama sebenarnya Muhamad Zaki Azeman, 26 isu tersebut merupakan seperti cabaran buat anak seni terutamanya buat pendatang baru sepertinya. Jelas pelakon yang berasal dari Perlis ini, dia akui kontroversi seperti itu mampu menaikkan nama seseorang namun menolak cara sedemikian untuk terus kekal relevan di dalam industri.

“Saya dah bersedia untuk berhadapan dengan isu seumpama itu. Bila kita masuk dalam industri, perkara seperti ini mungkin akan berlaku dan tetap kena berhadapan dengannya.

Mungkin boleh naikkan nama seseorang tapi saya tolak untuk berjaya dengan kontroversi seperti itu, saya nak berjaya dengan cara yang baik”

Sering Dapat Tunjuk Ajar Dari Remy Ishak Dan Izara Aishah 

Dalam perkembangan lain, Zaki ketika ditemui Murai.my baru-baru ini sedang giat mempromosikan drama terbaharunya, Ombak Rindu The Series yang kini hangat ditayangkan di saluran penstriman tempatan iFlix.

Menggantikan watak pelakon asal, Bront Palarae dalam drama ini Zaki akui berasa agak tertekan menggalas watak tersebut apatah lagi sebelum ini dibawakan oleh seorang pelakon yang cukup terkenal.

Namun dalam masa yang sama, Zaki bersyukur kerana sering mendapat tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon berpengalaman seperti Remy Ishak dan Izara Aishah.

“Saya sangat teruja dapat berlakon dengan Remy Ishak dan Izara Aishah yang banyak membantu ketika penggambaran. Tidak dinafikan saya sedikit tertekan dan gemuruh, tapi apabila dengan mereka saya selesa kerana banyak dapat tunjuk ajar.

Dalam masa yang sama, saya banyak belajar dengan Osman Ali. Saya sebenarnya bermula sebagai krew penggambaran dan tidak lama kemudian mencuba nasib dalam sebuah ujibakat sebelum diberi kepercayaan oleh Osman untuk berlakon dalam drama-drama di bawahnya”

Jelas Zaki,dia bertuah kerana bakatnya telah digilap oleh pengarah , Osman Ali dan terus diberikan kepercayaan untuk berlakon di dalam naskhah terbitan pengarah yang berpengalaman itu. Selain Ombak Rindu The Series, Zaki bakal muncul dalam sebuah telemovie berjudul Telunjuk Iblis yang akan disiarkan di Astro Citra tidak lama lagi.

Zaki Azeman
https://lomp.at/yx3gn
Share13Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore