Setelah 6 minggu tayangan akhirnya ‘keputusan’ rasmi mengenai filem Ejen Ali : The Movie telah diketahui menerusi edaran kepada pihak media baru-baru ini.

Kaut RM30 Juta Kutipan 

Filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation itu berjaya mengungguli carta perfileman tempatan dengan meraih kutipan RM30 juta dalam masa 6 minggu tayangan, sekaligus melakar sejarah sebagai produksi animasi tempatan paling laris bagi tahun 2019. Kejayaan luar biasa ini diperolehi dari hasil sokongan padu penggemar filem dan peminat Ejen Ali yang telah beberapa kali menonton filem tersebut di pawagam sejak dari hari pertama tayangannya, iaitu pada 28 November 2019.

IKLAN

Filem Ejen Ali yang mula menguasai pawagam tempatan sejak musim cuti persekolahan yang lalu telah bersaing hebat dan berjaya menandingi filem-filem popular antarabangsa yang lain. Rentetan dari kejayaan ini, tahun 2019 telah diangkat sebagai ‘Tahun Animasi Malaysia’ dan filem ini tampil sebagai filem animasi tempatan nombor 1 di Malaysia.

Kedudukan Ketiga Paling Laris Sepanjang Zaman 

Bukan itu sahaja, Ejen Ali : The Movie turut berada di kedudukan nombor 3 bagi kategori kutipan filem tertinggi sepanjang zaman sekaligus mengalahkan dua pesaing terdekatnya yang juga filem animasi tempatan, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy The Movie 2.

Komen Anda