Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Rasa Nak Gugur Air Mata” – Elly Mazlein Terharu Dengan Akim Ahmad

by Khai Azfar
January 21, 2020
142
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkahwinan selebriti Elly Mazlein dan pasangannya,Mohamad Azlan Che Noh masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Bukan sahaja kerana ramai yang gembira dapat melihat Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi kembali bergelar isteri, malah perkahwinan itu juga disebut-sebut ramai sebagai majlis yang begitu meriah selain turut digelar ‘Wedding of the year’.

Dedikasi Ucapan Buat Akim Ahmad 

Usai daripada majlis resepsi itu, Elly yang juga mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom memuat naik beberapa posting penghargaan buat penaja dan rakan-rakan yang sudi menjayakan majlisnya termasuklah buat penyanyi Akim Ahmad. Menurut pelakon Kampung People itu, pada mulanya Akim dijangka akan membuat persembahan dalam majlisnya. Namun dek kerana terikat dengan komitmen lain, penyanyi itu terpaksa membatalkan di saat-saat akhir.

Hampir Menitis Air Mata 

Kongsi Elly, dia sedia maklum bahawa jadual Akim agak sibuk dan turut memberitahu isterinya, Stacy untuk memfokuskan pada komitmen tersebut dan mengharapkan mereka dapat mendoakan yang terbaik buatnya. Namun secara tiba-tiba, Akim muncul di majlis resepsi Elly dalam keadaan yang masih berpeluh dipercayai baru sahaja selesai membuat persembahan di sebuah acara.

View this post on Instagram

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Dedah Elly lagi, dia berasa sungguh terharu dan hampir menitikkan air mata melihatkan kesungguhan Akim yang memenuhi janjinya untuk datang ke majlis tersebut apatah pada tarikh tersebut juga merupakan ulangtahun kelahiran pelantun Rampas itu.

Rata-rata peminat berasa kagum melihat kesungguhan Akim yang disifatkan mereka sebagai ‘sesuatu yang tidak boleh dibeli’ apatah lagi Elly turut menyifatkan Akim dan Stacy sebagai pasangan yang begitu baik dan berbudi bahasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Elly Mazlein Kongsi Pengalaman Pertama Kali Jumpa Suaminya, Curi Perhatian Ramai!
Akim AhmadElly Mazlein
https://lomp.at/2m0qf
Share62Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem