Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Unik! Teater Semarak Pertiwiku Dipentaskan Dalam Dialek Sarawak

by Khai Azfar
February 4, 2020
Share on Facebook

Atas sambutan yang diterima sejak pementasan buat kali pertama sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi mempersembahkan teater yang mengangkat integriti sebagai tema mereka.

Tampil Isu Rasuah Dalam Teater 

Dipentaskan di Istana Budaya, teater yang berjudul Semarak PertiwiKu ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut pada 30 dan 31 Januari 2020 yang mana dibuka secara percuma buat tontonan ramai.

Mengisahkan mengenai kerakusan sebahagian kontraktor terlibat dalam skandal rasuah, Semarak PertiwiKu membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Ungku Ismail, Sherie Merlis, Anding Indrawani, Taufik Hanafi dan ramai lagi.

Dipentaskan Dalam Dialek Sarawak 

Uniknya lagi, teater arahan Muhammad Azri Ali ini telah dipersembahkan di dalam dialek Melayu Sarawak yang mana ingin mengekalkan keaslian persembahan sebelum ini selain mempunyai mesej yang sangat kuat.

Sebagai info, terdahulu sekitar Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta ASWARA pernah mementaskan teater berjudul Bahara Emas. Melaluinya, mesej disampaikan oleh SPRM supaya orang Ramai sedia maklum mengenai bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Teater Semarak Pertiwiku
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara