Awal minggu ini. isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin telah ditahan polis atas dakwaan menipu pelanggan yang juga sahabat karibnya berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu.

Diikat Jamin

Namun, dia telah mengaku tidak bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM4,000. Tidak malu mahupun takut dengan pelbagai tohmahan daripada masyarakat, Dr Erin menerusi laman Instagram nya turut berkesempatan untuk berkongsi pengalamannya sepanjang dua hari berada di dalam lokap.

IKLAN

Terima Dengan Hati Terbuka 

Menurutnya, dia menerima segala prosedur dengan hati yang terbuka dan menganggap apa yang dilaluinya ketika ini sebagai satu ujian terhadap dirinya.Kongsi Dr Erin lagi pelbagai pengalaman telah diperoleh berada dalam tahanan.

“Alhamdulillah, saya ok.Walaupun dua malam dalam lokap saya merasakan nikmat hidup yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi putih dan ikan jaket tak ada apalah sangat”

Dalam masa yang sama, dia turut berkesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang menjaganya dengan baik sepanjang berada dalam lokap dan percaya satu hari nanti kebenaran akan terbukti.


Terdahulu, Erin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.