Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Saksikan Dokumentari Khas Membongkar Pembunuh Senyap COVID-19 Di Discovery Channel

by Phic ARMAN
March 17, 2020
Share on Facebook

Sebanyak 553 kes COVID-19 di Malaysia setakat 16 Mac 2020 termasuk 42 kes yang telah sembuh. Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Walaupun keadaan di negara ini masih boleh diurus, Malaysia telah mengaktifkan pelan kesediaan pandemiknya dengan cepat RT-PCR (reverse transcriptase-polymerase chain reaction) pada pesakit , ia digunakan dan diedarkan kepada beberapa hospital kerajaan dan makmal perubatan manakala protokol pengurusan yang lebih ketat telah diperkenalkan.

YouTube video

Adakah semua langkah ini berkesan dalam menghentikan penyebaran virus itu? Untuk memberikan gambaran mengenai virus yang telah menjangkiti lebih 150,000 orang di seluruh dunia ini, Discovery Channel (Saluran Astro 551/571 (HD)) akan menyiarkan sebuah rancangan berjudul ‘Coronavirus: The Silent Killer’ pada hari ini 17 Mac pada jam 10.50 malam.

Menariknya, dokumentari itu membincangkan ilmu sains di sebalik virus yang telah meragut nyawa di dunia dengan cepatnya. Memandangkan bilangan orang yang dijangkiti meningkat setiap hari, penonton akan diberi pendedahan yang mendalam mengenai bagaimana virus itu tersebar dan langkah-langkah yang berbeza yang dilakukan oleh negara-negara yang terjejas.

‘Coronavirus: The Killer Silent’ adalah yang pertama daripada satu siri rancangan yang berkaitan dengan virus yang akan disiarkan di Discovery Channel.

Dokumentari ini sangat sesuai ditonton bagi mereka yang mahu mengetahui mendalam tentang virus ini. Coronavirus: The Silent Killer disiarkan secara perdana pada 17 Mac, 10.50 malam di Discovery Channel  (Saluran Astro 551/571 (HD)).

Error happened.
https://lomp.at/sjucb
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara