Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Ini Barangan Runcit Yang Tahan Lama Perlu Dibeli Di Pasaraya

by Aphit J.
April 5, 2020
via Second Harvast

via Second Harvast

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Malaysia memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengamalkan langkah penjarakkan sosial, pasti ramai di antara kita mencari cara untuk mengurangkan melawat pasaraya dalam tempoh ini.

Dalam situasi ini, anda mungkin tertanya-tanya makanan mana yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama betul? Menurut halaman Have Halal Will Travel, berikut adalah beberapa senarai barang yang tahan lama.

Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

via Coil and Broth

Dengan kandungan vitamin, mineral dan serat, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah baik untuk pemakanan yang sihat. Tetapi perlu diingat, sayur dan buah hanya perlu dibasuh ketika ingin menggunakannya sahaja.

Antara sayur yang menjadi pilihan adalah sayuran yang disejuk beku, kentang, lobak merah, kobis, saleri, terung, kacang hijau dan labu. Manakala buah-buahan seperti jagung, limau, lemon dan epal juga dikategorikan sebagai buah-buahan yang boleh tahan lama.

Produk Tenusu Dan Telur

via Richardsons

Pelik bukan? Produk tenusu sering dikaitkan dengan sumber makanan yang cepat menjadi basi. Tetapi anda boleh elakkan perkara ini terjadi dengan mengetahui cara yang betul.

Halaman Have Halal Will Travel menyatakan pastikan susu yang dibeli adalah susu UHT (Ultra High Temperature) kerana ia boleh disimpan dalam suhu bilik selama 6 hingga 9 bulan tanpa dibuka. Walaupun selepas dibuka, anda boleh menyimpannya selama 7 hingga 10 hari di dalam peti sejuk. Manakala telur yang disimpan di dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 5 ke 6 minggu.

Bahan Asas Memasak Dan Membakar

via Whole Grain

Barangan memasak seperti beras yang diletakkan di dalam bekas kedap udara, pasta kering, minyak masak dan bahan perasa seperti seperti kicap, cuka, garam, gula, rempah dan pes cili juga dapat tahan lama untuk dibeli.

Untuk anda yang suka membakar, serbuk penaik, baking soda, tepung, yis dan bahan membakar yang lain juga mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

Barangan Di Dalam Tin Dan Snek

via The Sun

Barang-barang yang ready to eat seperti tuna, sardin, kacang merah, sos pasta dan makanan di dalam tin bukan sahaja tahan lama, malah dapat menjimatkan masa. Mentega kacang dan pelbagai pilihan jem juga perlu ada di dalam pantry anda.

Jangan lupa bancuhan minuman segera seperti Milo, Nestum, Nescafe, kopi dan teh untuk melengkapkan lagi senarai anda. Untuk pemilihan snek, halaman Have Halal Will Travel mencadangkan kepada anda untuk membeli biskut, kekacang dan makanan kering sebagai kudapan.

Penjagaan Makanan Laut, Daging Dan Ayam

via Second Harvast

Untuk memastikan makanan laut, daging dan barangan ayam tahan lebih lama, letakkan di dalam peti sejuk. Jika anda berhasrat untuk membekukan daging dan ayam selama beberapa bulan, letakkan di dalam bekas kedap udara. Tetapi perlu diingat, ada beberapa makanan yang dilarang disimpan di dalam peti sejuk.

Untuk makanan laut, anda boleh membiarkannya dalam bungkus asal dan meletakkannya di dalam peti sejuk. Sebagai alternatif, anda boleh membeli daging beku dan ayam beku dari pasar raya.

Dengan senarai ini, kami harap ia dapat membantu anda membeli di pasaraya! Sekiranya barang-barang ini tiada di pasaraya, inilah masa yang tepat untuk memikirkan resipi baru, yang penting teruskan stay at home!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
barang runcitbarangan runcitbarangan tahan lamamakanan tahan lamaready to eatshopping items
Share24Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara