Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bermula hari ini beberapa perniagaan dibenarkan untuk beroperasi termasuklah khidmat salon rambut.

Tidak Digalakkan Ke Salon Gunting Rambut 

Dalam pada itu, segelintir netizen berhasrat untuk mengunjungi salon bagi mendapatkan servis tersebut biarpun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengalakkan orang ramai untuk berbuat demikian kerana khuatir wujudnya kontak baru dalam wabak pandemik COVID-19.

Isu tersebut turut menarik perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menitipkan pesanan dan teguran buat orang ramai untuk menangguhkan keinginan mereka untuk menggunting rambut di salon. Tegas Sharnaaz, tindakan tersebut bakal memberikan risiko penularan wabak tersebut selain mengharapkan mereka untuk terus bersabar kerana beranggapan tiada kewajipan untuk mereka berbuat demikian pada ketika ini.

Sharnaaz Titip Pesanan

Kongsi pelakon ini lagi, dia turut mencadangkan buat mereka yang ingin berbuat demikian cukup hanya sekadar menggunting rambut sendiri di rumah atau biarkan panjang buat seketika.

IKLAN

“Saya tahu kerajaan ada bagi pergi gunting rambut. Korang bawa bersabar, gunting rambut ni orang kata satu benda yang boleh buat paling last pun tak apa.

“Yang benda lain buka seperti kedai hardware tu bagus juga sebab benda-benda tu penting. Gunting rambut ni korang dekat dengan dia, dia pun dekat dengan korang. Tak ampa mampuih, dia mampuih. Cuba fikir sekejap”

Terbaru, menerusi satu kenytaan media hanya kedai gunting rambut dan salun yang terletak di ‘zon hijau’ sahaja boleh dibenarkan untuk beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.