Baru-baru ini pihak DC Films telah mengumumkan jadual tayangan kesemua filem mereka terbitan bersama Warner Bros. Sama seperti Marvel dan Disney, ramai peminat ternantikan-nantikan bilakah tayangan kesemua filem DC apatah lagi turut menampilkan para adiwira terkenal.

WW1984 Pada Ogos 2020

Seperti sedia maklum, ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia industri perfileman turut terjejas sehingga membuatkan tayangan filem-filem ‘box-office’ terpaksa ditunda. Ini termasuklah buat filem DC yang ditunggu-tunggu, sekual bagi Wonder Woman telah ditunda tayangannya pada 14 Ogos kelak. Terdahulu, sekual yang diberi nama Wonder Woman 1984 (WW1984) dijadualkan tayangan seluruh dunia pada 5 Jun 2020.

Selain WW1984, berikut adalah senarai penuh tayangan keluaran filem DC akan datang

  1. The Batman – 25 Jun 2021
  2. The Suicide Squad – 6 Ogos 2021
  3. Black Adam – 22 Disember 2021
  4. Shazam – 1 April 2022
  5. The Flash – 1 Julai 2022
  6. Aquaman 2 – 16 Disember 2022
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry