Setiap kali menjelang Hari Raya, semua daripada kita akan berasa teruja dengan persiapan untuk menyambut bulan Syawal ini. Tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa, semuanya telah bersiap sedia dengan persiapan yang rapi.

Kadangkala kita tidak sedar bahawa persiapan ini memberikan kesan selepas Hari Raya. Berkemungkinan bajet lari dan akan memberikan kesan terhadap kewangan kita.

Di sini ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk merancang persediaan menjelang menyambut Hari Raya.

1Elakkan Membeli Mercun

vi Deenamik

Kebanyakkan daripada kita merasakan mercun adalah satu perkara wajib untuk memeriahkan suasana Hari Raya. Perasan ataupun tidak, perbelanjaan mercun kadangkala boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit.

Jadi, elakkan membeli mercun dan gantikan kemeriahan menyamput Hari Raya dengan aktiviti bersama keluarga.

2Memberi Duit Raya Bukanlah Satu Kewajipan

via Dollar and Sense

Menjadi adat dalam masyarakat kita untuk memberikan duit raya yang dianggap sebagai satu kewajipan betul? Tahun ini cuba buat kelainan sedikit daripada tahun sebelumnya, gunakan duit raya untuk kita melangsaikan hutang yang masih tertangguh.

Ini kerana hutang adalah wajib, manakala sedekah duit raya adalah sunat dan adat yang diamalkan sahaja.

IKLAN

3Buat Sendiri Kuih Raya

via Rodong Koi

Tahun ini disebabkan PKP, kita menyambut Hari Raya dan berpuasa agak lain sedikit di mana menyambutnya secara bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Banyak masa yang diluangkan dirumah bersama ahli keluarga.

Gunakan masa ini untuk anda mencuba resepi kuih raya dan mungkin anda boleh mereka sendiri kuih raya baru. Bukan sahaja dapat resepi baru, malah aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

4Membeli Baju Raya Yang Sudah Dijahit

via mStar

Sebaiknya elakkan menempah baju raya. Hal ini kerana kos baju raya yang ditempah lagi mahal berbanding membeli yang siap dijahit. Mana tidaknya, anda perlu membayar kos pembelian kain dan kos upah tempahan menjahit.

Gunakan platform internet untuk mencari baju pilihan anda. Pastikan membaca detail sebelum anda membelinya untuk mengelakkan kesilapan.

5DIY Dekorasi Rumah

via Wendy Pua

Sama seperti membuat kuih raya, tahun ini cuba anda menghias sendiri rumah dengan cara DIY. Banyak rujukan yang boleh anda perolehi daripada internet. Percaya atau tidak, anda pasti akan berpuas hati dengan hasil tangan anda sendiri.

Ingat, perancangan yang bagus menjelang Hari Raya dapat menyelamatkan kewangan dan ekonomi keluarga anda. Elakkan pembaziran dan bersederhana sahaja ketika menyambut Hari Raya dan yang paling penting, ukhwah sesama ahli keluarga tetap kukuh.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN