Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Idea Dekorasi Rumah ‘DIY’ Untuk Menyambut Hari Raya

by Aphit J.
May 16, 2020
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila Hari Raya dah semakin hampir, anda pasti tercari-cari idea untuk menghias rumah. Semestinya bila nak menghias rumah, anda akan berbelanja untuk membeli pelbagai barang hiasan yang hanyalah dipakai sekali setahun. Membazir, bukan?

Di sini kami kongsikan 5 idea yang anda boleh gunakan untuk tujuan dekorasi rumah secara DIY menurut Property Guru.

Menggunakan Kad Dan Sampul Raya

via Twitter

Bagi golongan yang tidak pernah merasai zaman kegemilangan Kad Raya, ia sebenarnya adalah kad ucapan yang sering dihantar di pejabat, di sekolah, malah ada yang mengirimkannya melalui pos. Selain berfungsi untuk mengucapkan selamat Hari Raya, ia juga sebenarnya ada fungsi lain untuk dekorasi rumah anda.

Kembalikan memori Hari Raya zaman kanak-kanak anda dengan dekorasi menggunakan kad raya ini. Selain Kad Raya, sampul juga boleh dijadikan dekorasi untuk ruang tamu anda. Caranya tidaklah susah. Tebuk lubang pada bucu setiap sampul dan gantungkannya pada pokok-pokok hiasan di rumah anda.

Meja Buffet Khas Untuk Hari Raya

via Dekorasi Buffet

Apa kata untuk raya kali ini, sediakan meja buffet istimewa khas untuk Hari Raya. Letak alas meja yang menarik, kemudian hias dengan hiasan Hari Raya. Dah siap hias, boleh susun biskut raya, ketupat, dodol dan semua manisan-manisan raya di atas meja.

Bukan saja nampak menarik, malah meja buffet ini dapat memudahkan lagi tetamu yang hadir.

Mood Hari Raya Secara Outdoor

via Hydraberd Event

Menurut Property Guru, bagi rumah yang mempunyai laman yang besar anda boleh mencari kelainan dengan mencipta suasana Hari Raya secara outdoor. Caranya mudah, hamparkan karpet yang besar dan susunlah beberapa bantal kecil bersama meja rendah seolah-olah anda sedang picnic di luar rumah.

Untuk menjadikan lebih menarik, hiasi kawasan tersebut dengan vibes raya seperti lapik meja bertemakan raya, hiasan raya dan juadah Hari Raya.

Pengunaan Lampu Kelip-Kelip Di Dalam Rumah

via Gambar Bunga

Ini antara barang yang wajib ada di Hari Raya. Ianya murah, dan mudah untuk dipasang, serta digunakan sekali setahun. Apa kata untuk Hari Raya tahun ini, anda buat sedikit perbezaan dengan dekorasi ini.

Kebiasaannya, ia digantung di luar rumah, namun ia juga cantik jika dipasang di dalam rumah. Gantungkannya pada langsir rumah dan ia dengan serta merta menjadi ‘Photo wall’ tempat anda bergambar bersama keluarga di Hari Raya nanti.

Langsir Dijadikan Photobooth Raya

via The Vocket

Selain daripada bertujuan menghalang cahaya dan sebagai dekorasi, langsir juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk Photobooth Raya anda.

Elakkan pembaziran! Tidak perlu membeli kain baru, anda hanya perlu cari ruang atau dinding yang cukup luas untuk gantungkan langsir ini.Tambahkan sedikit hiasan seperti kerusi dan meja lama, ketupat, pokok-pokok hiasan serta kad raya untuk melengkapkannya.

Jadi tidak semestinya aktiviti dan mood raya anda terbatas ketika PKP ini, anda boleh menaikkan lagi mood ini dengan membuat kelainan sedikit daripada selalunya. Dengan idea-idea DIY ini, pasti raya anda menjadi lebih menarik!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Buffet RayaDekorasi Rayadekorasi raya diyHiasan Rayaidea DIYPhoto booth Rayaraya DIYRaya PKP
Share26Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara