Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Kini Bergelar Senator, Ras Adiba Umum Berundur Dari Dunia Penyiaran

by Khai Azfar
May 18, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, personaliti televisyen Ras Adiba Radzi berkongsi khabar berita apabila dia secara rasminya telah mengucapkan selamat tinggal pada dunia penyiaran selepas 34 tahun berkecimpung dalam bidang ini.

Berat Untuk Buat Keputusan 

Berkongsi rasa sedih untuk meninggalkan bidang yang sudah menjadi ‘darah dagingnya’, Ras akui pada mulanya dia agak berat untuk membuat keputusan ini. Namun demi tanggungjawabnya dan percaya dengan takdir Ilahi, dia percaya keputusan seumpama ini pasti akan tiba.

Dilantik Sebagai Senator 

Difahamkan, Ras meninggalkan titik noktah dalam dunia penyiaran selepas pembaca berita NTV7 ini dilantik sebagai senator mewakili golongan orang kurang upaya (OKU).Majlis angkat sumpah untuk jawatan itu akan diadakan pada hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by Senator (R) Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Dalam perkongsian tu, dua hari lalu merupakan kali terakhir dia dilihat di kaca televisyen sebagai seorang pembaca berita jam 8 di NTV7.

“Saya adalah seorang pemberita selamanya dan berat sungguh untuk saya buat keputusan ini. Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya.

“Dan malam ini (semalam) jam 8 di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita apabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket dan alat pendengaran dari dalam telinga saya. Kalbu saya teresak menangis kerana inilah pengakhirnya.

“Maaf kerana saya terpaksa berundur bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi. Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?,” tulisnya.

Sebagai info, Ras memulakan karier sebagai seorang penyampai berita sekitar tahun 1986. Ketika itu, figura ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi penyampai berita termuda negara. Bagi pelantikannya sebagai senator, Ras adalah yang ketiga selepas Allahyarham Y.B Dr Ismail Md. Salleh dan Y.B Bathmavathi Krishnan. Terima kasih dan selamat bertugas buat Senator Ras Adiba Radzi!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ras adiba
Share18Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[REVIEW] UNTAMED Buka Cerita Di Sebalik JDT, Tetapi Adakah Semua Persoalan Terjawab?

by Phic ARMAN
October 29, 2026

MURAI berpeluang menonton dokumentari UNTAMED semalam dan secara jujurnya, kami kagum dengan kualiti produksinya. Berdurasi 76 minit, dokumentari mengenai perjalanan...

Read moreDetails
LifeXplore

Padi Reborn & GIGI Bakal Gegarkan Kuala Lumpur, Satu Pentas Dua Legenda Rock Indonesia!

by Phic ARMAN
November 9, 2026

Bagi anda yang membesar dengan lagu Mahadewi, Sobat, Nirwana dan 11 Januari, bersedialah untuk mengimbau kembali memori lama! Dua kumpulan...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Hello Kitty
LifeXplore

Seram! Hello Kitty & 4 Animasi Ini Ada Kaitan Dengan Iblis?

by Nurul A.
November 3, 2026

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga suka menonton siri animasi. Sehinggakan ada yang menjadi peminat setia beberapa watak dalam siri animasi....

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
LifeXplore

Ingatkan Cermin Mata Biasa, Rupanya Ada AI! Ini 5 Ciri Samsung Intelligent Eyewear Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Selama ini, cermin mata mungkin sekadar aksesori untuk melengkapkan penampilan atau membantu penglihatan. Tetapi Samsung mahu mengubah perspektif itu menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara