• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Kenal Ke Tidak? 6 Jenis Nasi Yang Sangat ‘Rare’

by Jash Lee
May 30, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Masyarakat di Malaysia dan nasi memang berpisah tiada. Walau di mana sahaja berada, nasi pasti dicari dan sentiasa menjadi igauan. Ada juga segelintir di antara kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Kalau dalam sehari tak dapat nasi, tak senang duduk dibuatnya.

Makanan yang satu ini dapat dipelbagaikan dengan bermacam jenis variasi. Jom kita tengok, anda kenal atau tidak dengan 5 jenis nasi yang sangat rare.

1. Nasi Kuning

via IDN Times Sumsel

Nasi kuning ialah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Indonesia. Nasi kuning dimasak dengan menggunakan kunyit, oleh itu, namanya ialah nasi kuning. Nasi kuning biasanya akan dihidangkan bersama dengan lauk sampingan seperti rendang ayam, kari daging, telur dadar, serunding, sambal goreng dan macam-macam lagi mengikut citarasa dan dihiasi dengan timun atau salad sebagai penambah rasa dan warna. Nasi ini bukan saja dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu atau perayaan malahan ada yang jadikan nasi kuning ini sebagai hidangan wajib setiap minggu.  Alahai lapar pulak perut bila tengok nasi kuning ni.

2. Nasi Kebuli

via Royco

Nasi kebuli dikatakan berasal dari rantau Timur Tengah dan juga terkenal di kalangan masyarakat India. Di Malaysia, nasi ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang. Nasi kebuli biasanya dimasak dengan menggunakan beras wangi yang digoreng terlebih dahulu dan dimasak dengan menggunakan air dari rebusan ayam. Nasi kebuli biasanya akan dihidangkan bersama ayam atau kambing. Maksud nasi kebuli adalah singkatan dari nama Nasi Kebawah Duli kerana ianya adalah makanan warisan diraja atau kebawah duli Sultan Pahang. Nasi kebuli biasanya dihidang untuk majlis-majlis keramaian atau kenduri kendara sahaja.

3. Nasi Lemuni

via NazleeDotCom

Nasi lemuni biasanya hanya boleh didapati di negeri jelapang padi utara tanah air. Nasi yang dimasak seakan nasi lemak ini bukan sahaja enak bahkan juga ianya mempunyai rasa yang tersendiri dan sangat berbeza. Warna nasi lemuni yang perang kehitaman adalah terhasil dari jus daun lemuni dan dimasak bersama santan serta beberapa bahan lain yang pasti akan membangkitkan selera dan baunya sangat wangi. Nasi lemuni juga sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dipadankan bersama lauk tambahan seperti ayam, telur rebus atau ikan dan sambal.

4. Nasi Serai @ Nasi Beringin

via Rasa

Nasi Serai atau nasi beringin yang rasanya seakan-akan nasi ayam. Nasi serai boleh digandingkan bersama lauk mengikut citarasa dan kesesuaian sendiri. Nasi ini biasanya dimasak dengan menggunakan beras basmathi kerana berasnya cantik dan tidak patah. Aroma dari serai yang dimasak bersama nasi amat menyelerakan.

5. Nasi Tumpang

via Wix.com

Nasi tumpang adalah sejenis hidangan yang berasal dari negeri Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih yang dicampur bersama lapisan hidangan lain dan dibungkus seperti bentuk kon dan biasanya menggunakan daun pisang. Secara tradisinya, makanan ini adalah sebagai makanan ruji petani atau pelancung untuk dibawa bersama sebagai bekalan ketika bekerja. Biasanya nasi tumpang akan padat dengan lapisan seperti telur, daging, serunding, sambal, timun, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain.

6. Nasi Hujan Panas

via Mstar

Hidangan ini dipanggil nasi hujan panas kerana 3 warnanya iaitu hijau, kuning dan merah. Kononnya jika cuaca panas, lalu turun hujan dan terbentuknya pelangi yang berwarna warni, lantaran itu nasi ini dipanggil nasi hujan panas. Nasi ini biasanya disajikan semasa majlis perkahwinan dan keramaian. Nasi hujan panas sangat sedap dimakan bersama ayam masak rose, dalca dan acar.

Mesti meleleh air liur kan sebab dijamu mata dengan hidangan nasi yang rare ni. Kalau nak rasa, boleh la cuba buat sendiri, pasti sedap, menyelerakan dan sangat berpuas hati.

nasirare malaysiandannasi umpama isidankuku
https://lomp.at/l5cek
Share9Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore