Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

#BoycottKhans? Netizen Mula Boikot Filem Lakonan Salman Khan, SRK Dan Aamir Khan

by Phic ARMAN
June 23, 2020
6.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Salman Khan terus menjadi sebutan setelah kematian Sushant Singh Rajput. Bukan hanya dikritik, kali ini netizen sibuk boikot filem Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan. Ini berkaitan dengan isu nepotisme dalam industri Bollywood yang secara meluas disebut sebagai penyebab Sushant Singh Rajput mengakhiri hidupnya. Bagaimana ceritanya?

Misteri yang menyebabkan kemurungan Sushant Singh Rajput akhirnya membunuh diri pada hari Ahad, 14 Jun 2020 masih menjadi persoalan. Peminat pelakon ini mengesyaki ia berkaitan dengan nepotisme di Bollywood.

Netizen Hadirkan Kempen Boikot Salman Khan

Dari laporan terdahulu, Sushant Singh Rajput kehilangan beberapa kontrak filemnya dan dia disekat oleh tujuh syarikat produksi Bollywood besar seperti Salman Khan, Karan Johar dan Aditya Chopra. Dari sini timbulnya isu nepotisme.

Selepas kematiannya juga, di media sosial terdapat banyak perdebatan mengenai nepotisme yang akhirnya membuka kisah penindasan dan bagaimana nepotisme menjalin hubungan dengan orang-orang dari luar industri Bollywood.

Pinkvilla melaporkan, hari ini terdapat hashtag #BoycottKhans di Twitter. Peminat Sushant Singh Rajput menuntut agar orang memboikot filem Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan. Netizen menilai kemasyhuran yang diraih oleh tiga bintang Bollywood itu adalah hasil dari nepotisme.

Anak-anak selebriti terkenal diserang

View this post on Instagram

A post shared by Sonam A Kapoor (@sonamkapoor)

Bukan hanya ketiga-tiga Khan yang diserang, sejumlah anak artis yang juga dituduh menjadi terkenal kerana pertolongan keluarga mereka tidak luput dari sasaran kemarahan netizen. Sehingga akhirnya, Sonam Kapoor, anak perempuan Anil Kapoor mematikan ruangan komen di catatan Instagramnya kerana dia tidak mahu membaca komen yang tidak menyenangkan untuknya.

Sementara itu, Sonakshi Sinha, anak perempuan bekas pelakon Shatrughan Sinha yang kini menjadi ahli politik, bahkan telah menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan dibuli. Peminat kecewa kerana anak-anak artis dilihat merosakkan karier orang luar dan tidak membiarkan orang luar berkembang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gelar Diri Sebagai "Old School", Salman Khan Akui Hanya Ada 3-4 Teman Wanita
aamirkhanmaksud nepotismesalman khanshahrukhkhan
https://lomp.at/d5ndu
Share2598Tweet1494SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem