Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Kerana Salman Khan, Kerjaya 7 Artis Bollwood Dikhabarkan Hampir Hancur

by Phic ARMAN
July 1, 2020
245
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat Salman Khan sebaiknya tidak membaca artikeL ini. Takut kena kecam! Manakan tidak, Salman Khan terkenal sebagai salah satu selebriti terkuat di Bollywood.

Untuk info, bapa Salman merupaka penulis skrip terkenal iaitu Salim Khan. Salman juga mempunyai ibu tiri bernama Helen yang juga artis terkenal pada zamannya. Dia juga aktif menolong orang lain melalui badan amal, Being Human Foundation, yang didirikannya pada tahun 2007.

Tapi ada sisi buruk di sebalik sikap dermawannya, aktor 54 tahun ini memiliki sifat yang berubah-ubah. Dia khabarnya kerap mensabotaj karier anak seni mahupun aktor Bollywood yang tidak disukainya. Di bawah ini, Murai MY merangkum delapan selebriti yang kariernya dikatakan hancur setelah bertengkar dengan Salman Khan yang dipetik dari Postoast.

Vivek Oberoi

Via DailyO

Vivek Oberoi didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Aishwarya Rai ketika menjalani penggambaran filem Kyun Ho Gaya Na (2004). Ini telah membuatkan Salman Khan, bekas kekasih Aishwarya, tidak dapat diterima. Vivek Oberoi pernah mengatakan bahawa dia diugut oleh Salman.

Dia bahkan mengadakan sidang media untuk berkongsi penderitaannya. Tetapi itu tidak menghidupkan kariernya. Nama Vivek Oberoi kini nampaknya hilang.

Anurag Kashyap

Via dnaindia

Pengarah filem Bollywood Anurag Kashyap juga pernah mengalami masalah dengan Salman Khan. Dia seharusnya menjadi pengarah untuk produksi filem Tere Naam (2003). Tetapi dia menolak Salman sebagai watak utama.

Topik Berkaitan [VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang

Menurut beberapa laporan, produser itu memarahi Anurag setelah dia menyuruh Salman Khan menumbuhkan bulu di dadanya kerana watak. Akhirnya kedudukan Anurag Kashyap digantikan oleh pengarah, Satish Kaushik.

Bukan hanya Anurag, adiknya Abhinav Kashyap juga mempunyai masalah dengan Salman. Melalui media sosialnya, Abhinav mengatakan bahawa kariernya disabotaj oleh Salman.

Abhinav juga mengatakan bahawa adik Salman, Arbaaz Khan berusaha mengawal kariernya dan merebut projek filemnya. Kes itu membuatkan keluarga Salman Khan mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.

Arijit Singh

Arijit Singh adalah penyanyi sensasi yang hampir menyanyikan lagu dalam semua filem Bollywood. Pada tahun 2014, Arijit bertengkar dengan Salman Khan. Kejadian ini berlaku ketika Arijit Singh hendak menerima anugerah di Star Guild Awards yang diberikan oleh Salman.

Tetapi pada masa itu, Arijit kelihatan mengantuk. Salman juga bergurau, ‘Kamu tidur?’ dan Arijit menjawab ‘Adakah anda juga tidur?’.

Youtube video

Seperti diketahui, Salman Khan memang memiliki wajah yang kelihatan mengantuk. Inilah yang membuatnya tersinggung. Arijit kemudian diusir dari filem Salman berjudul Sultan (2016), di mana dia sepatutnya menyanyikan Jag Ghoomeya.

Arijit Singh kemudian memuat naik permintaan maaf dan menjelaskan semuanya melalui akaun Facebooknya, tetapi malangnya Salman tidak memaafkan Arijit Singh.

Renuka Shahane

Renuka Shahane pernah menyiarkan tulisan berjela yang mengkritik keputusan mahkamah dalam membebaskan Salman Khan mengenai kes memburu binatang hampir pupus.

Renuka juga mengaitkan keputusan itu dengan status Salman sebagai pelakon terkenal. Sejak itu, hubungan Renuka Shahane dan Salman Khan juga putus.

Topik Berkaitan [VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan

Zubair Khan

Via indianexpress

Zubair Khan, kontestan Big Boss 11 di tahun 2017 ini pernah ada masalah dengan Salman Khan. Zubair diduga telah melakukan pelecehan pada seorang kontestan wanita dalam salah satu episod.

Salman yang marah meminta Zubair Khan untuk meninggalkan pertunjukkan. Tapi Zubair justru berkata di depan umum kalau dirinya bukan Vivek Oberoi yang boleh kehilangan pekerjaan kerana Salman Khan. Sejak kejadian itu, Salman Khan dan Zubair Khan tidak pernah lagi bersemuka.

Ranbir Kapoor

Via emirates247

Salman Khan dan Ranbir Kapoor pernah bertengkar kerana Katrina Kaif. Diketahui, Ranbir mula bercinta dengan Katrina yang merupakan bekas kekasih Salman Khan sejak menjalani penggambaran filem Ajab Prem Ki Ghazab Kahani (2009). Kejadian ini menjengkelkan Salman Khan. Sebelum itu, Salman Khan juga pernah menampar Ranbir Kapoor ketika berada di sebuah kelab. Sejak itu, Salman dan Ranbir tidak pernah berkawan lagi.

Sona Mohapatra

Sona Mohapatra sangat lantang dalam mengkritik sifat Salman Khan yang dianggap menjelikkan. Semasa mempromosikan filem Sultan (2016), Salman pernah membuat komen mengenai wanita yang aneh. Sona adalah salah satu selebriti yang mengkritiknya.

Dear Bhai Chamcha's,
You continue to prove my point with every perverted, sick, cheap message you write to me. HaHa pic.twitter.com/9lZAcydfHs

— Sona Mohapatra (@sonamohapatra) June 21, 2016

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Arijit SinghRanbir Kapoorsalman khanSona MohapatraVivek OberoiZubair Khan
Share241Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Shah Rukh Khan
Spotlight

Shah Rukh Khan Bongkar, Pernah Hampir Dibunuh Sebelum Kahwin

by Nurul A.
November 26, 2026

Seperti yang kita sedia maklum; perbezaan agama di antara pasangan Bollywood Shah Rukh Khan dan Gauri Khan menjadi punca utama...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara