Baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu mengenai insiden perselisihan faham dengan pelakon Sharnaaz Ahmad menarik perhatian warganet.

Perkara Normal Dalam Perniagaan

Menjawab persoalan tersebut, Sharnaaz ketika ditemui Murai.my berkata situasi tersebut adalah normal buat mereka yang terlibat dalam perniagaan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka Shuib akan memuat naik video berkenaan sehingga membuatkan warganet membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan pelbagai pendapat.

Namun, dedah Sharnaaz perselisihan faham tersebut tidak berpanjangan kerana Shuib telah pun memohon maaf dan bagi Sharnaaz sendiri dia beranggapan suami kepada penyanyi Siti Sarah itu merupakan sahabatnya yang sentiasa menyokongnya.

IKLAN

“Kami memang selalu bergaduh. Bagi saya benda itu normal sebenarnya dalam bisnes cuma korang tengok atau tak je. tapi kalau awak dalam bisnes macam mana sekalipun awak mesti akan bergaduh tetapi saya pun tak sangka Shuib akan pergi post benda itu (video)”

“Bagi saya pada dia mungkin itu promosi tapi yang dikecamnya saya. Itu yang saya cakap dengan dia ‘kau tak boleh buat macam ini Ib(shuib). Walau kau marah dekat aku pun tapi tak boleh macam ini’. Tapi apa pun dia dah minta maaf”

Cawangan Ketiga BubbleBee Milik Sharnaaz 

Ketika ditanya, apakah faktor yang membuatkan Sharnaaz berminat untuk menyertai Shuib, jawabnya kerana dia melihat potensi besar yang ada pada kafe ini

“Sebenarnya masa Shuib baru buka seminggu cawangan pertama di Menara U2 Shah Alam, saya yang pertama hubungi Shuib. ‘Ib kalau kau nak buka franchise, aku nak ambil’. Tapi waktu itu dia cakap ‘aku tak fikir lagi Mat (Sharnaaz) aku nak buka’. Selepas sebulan daripada itu barulah dia hubungi saya balik.

Disebabkan saya percaya dengan jenama itu. Kalau saya tak percaya jenama, saya tak akan berani buka.

Yang ini saya boleh nampak keuntungannya. Peniaga mana yang tak nak untung”

Sebagai info, pada petang Khamis rangkaian minuman berasaskan madu iaitu Bubble Bee telah melancarkan cawangannya yang ketiga di Setapak, Kuala Lumpur. Perniagaan milik Shuib ini kini disertai oleh Sharnaaz yang juga merupakan pemilik cawangan Setapak. Difahamkan 8 cawangan Bubble Bee akan dibuka pada bulan ini.

IKLAN