Sunday, June 11, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Dulu Baik Giler! Sekarang 6 Pasangan Artis Bollywood Ini Bermusuhan

by Phic ARMAN
July 6, 2020
456
KONGSIAN
Share on Facebook

Para peminat Bollywood pasti sudah mengetahui tentang hubungan dingin aktres jelita Aishwarya Rai dan Rani Mukerji. Siapa sangka, sebenarnya, mereka dulu bersahabat baik. Murai MY difahamkan,  Aishwarya marah pada Rani kerana menggantikannya memainkan watak dalam sebuah filem.

Bukan hanya Aishwarya dan Rani Mukerji, ramai artis Bollywood yang dahulunya akrab kini berubah menjadi musuh. Siapakah mereka? Berikut Murai MY rangkumkan dari pelbagai sumber.

Kareena Kapoor Dan Bipasha Basu

Dipetik dari NewsTrackLife, Kareena Kapoor memanggil Bipasha Basu nama panggilan ‘Dark Cat Girl’ ketika penggambaran filem Ajnabee. Bipasha tidak boleh menerima panggilan itu.

Di samping itu, Kareena juga memberi komen mengenai John Abraham, kekasih Bipasha pada masa itu. Ejekan antara satu sama lain menjadikan hubungan menjadi panas dan nampaknya sukar untuk kembali normal. Sungguh menyedihkan apabila melihat rakan baik yang akhirnya menjadi musuh terburuk.

Shah Rukh Khan dan Shirish Kunder

Suatu ketika dahulu Shah Rukh Khan dan Shirish Kunder sangat akrab dan bersahabat baik. Namun Murai MY difahamkan bermusuhan selepas mereka dilihat bertengkar di sebuah pesta.

Dipetik dari TimeNewsIndia, Shah Rukh Khan malah menampar dan mencekik Shirish di sofa untuk melepaskan kemarahannya. Kejadian ini terus menjadi kontroversi terpapar di sebuah akhbar media tempatan.

Aishwarya Rai dan Rani Mukerji

Dalam banyak-banyak isu pergaduhan artis Bollywood, kes Aishwarya Rai dan Rani Mukerji paling mencuri perhatian.

Murai MY difahamkan melalui laporan dari Cosmopolitan, mereka asalnya memang berkawan baik hingga tahun 2003. Permusuhan mereka berlaku di lokasi penggambaran filem Chalte Chalte, yang dibintangi oleh Aishwarya dan Shah Rukh Khan.

Kejadian di mana Salman Khan, teman lelaki Aishwarya pada waktu itu, mengamuk dan menimbulkan kekecohan kerana menuduh Aishwarya mempunyai hubungan dengan Shah Rukh Khan.

Akhirnya, watak Aishwarya Rai diberikan kepada Rani Mukerji. Persahabatan mereka menjadi semakin panas setelah Rani dikatakan menjalin hubungan dengan suami Aishwarya, Abhishek Bachchan. Seiring berjalannya waktu, persahabatan Rani Mukerji dan Aishwarya Rai telah kembali normal.

Priyanka Chopra & Kareena Kapoor

Selain Bipasha Basu, Kareena Kapoor juga memusuhi Priyanka Chopra. Dilaporkan ini berlaku kerana Kareena merasa bersaing dengan Priyanka Chopra dari segi kerjaya. Kedua-dua wanita itu bahkan terkenal sebagai pesaing terbesar di Bollywood.

Ketika karier mereka mulai naik, pada masa itu hubungan antara keduanya memanas. Mereka mula memandang satu sama lain sebagai saingan dalam perjalanan menuju kemasyhuran.

Dilaporkan oleh RepublicWorld, bahawa pergaduhan mereka berlaku ketika Kareena Kapoor Khan mengejek ‘aksen’ atau lenggok bahasa dipakai oleh Priyanka Chopra di sebuah rancangan bual bicara.

Tetapi sekarang, hubungan mereka bertambah baik.

Deepika Padukone dan Sonam Kapoor

Hubungan antara Deepika Padukone dan Sonam Kapoor tidak berjalan dengan baik sejak awal. Deepika pernah mendakwa bahawa filemnya kalah dari Sonam kerana dia mempunyai ayah yang terkenal iaitu Anil Kapoor.

Hubungan dua wanita cantik ini semakin memburuk setelah menjalin hubungan dengan lelaki yang sama iaitu Ranbir Kapoor.

Ranbir Kapoor dan Sonam Kapoor

Ranbir Kapoor secara terang-terangan melabelkan Sonam Kapoor sebagai ‘pelakon paling seksi’ dan ‘ratu drama’ ketika menghadiri acara Koffee with Karan.

Sebenarnya dia membalas kenyataan Sonam sebelum itu yang berkata,  menggelarkan Ranbir sebagai “anak mak”. Malah dia memberitahu ibu Ranbir masih “memotong kuku kakinya”.

Mendengar kenyataan itu, Sonam pada kesempatan lain mengatakan bahawa Ranbir bukanlah teman lelaki yang hebat.

Sonam mengaku ingin memberikan pujian kepada Deepika kerana ia dapat bertahan lama. Sejak itu, hubungan antara kedua-duanya bertambah panas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Share182Tweet114SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Jalan-Jalan

Agoda Menyahut ‘Cabaran Rm1400’ Percutian Yang Berbaloi Untuk Pelancong Malaysia Pada Jun Ini

by Aphit J.
June 10, 2023
Filem

Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa, Pulau Ditayangkan Di Kemboja

by Aphit J.
June 10, 2023
Bollywood

Kajol Buat Pengumuman Akan Berehat Dari Media Sosial?-“Hadapï Perkara Yang Paling Sukar Dalam Hidup”

by Jash Lee
June 10, 2023
Entertainment

Bell Ngasri Cuba Membantu Atau Ingin Sabotaj Artis Jemputan?

by Aphit J.
June 10, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tunku Putera Johor Tampil Beri Pesanan Buat Suami Fatin Afeefa?

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Video Shuib Melayan Watie Penuh Manja Raih Perhatian, Peminat Teruja Dengar Suara Bakal Isteri Persis Arwah Siti Sarah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan