Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas ‘Halimunan’, Masya Masyitah Kembali Dengan ‘Hapus’

by Khai Azfar
July 22, 2020
Share on Facebook

Penyanyi remaja cantik molek bersuara emas dan berbakat besar yang berasal dari Kulim, Kedah juga merupakan juara Ceria Popstars Musim Ke-2, Masya Masyitah kembali setelah dua tahun ‘Halimunan’ dengan single terbaharu yang mempamerkan sisi dewasa penyanyi ini berjudul ‘Hapus’.

COVID-19 Tidak Patahkan Semangat Masya 

Tampil dengan imej yang lebih edgy, lagu ‘Hapus’ dicipta oleh komposer terkenal, Amy Bong dengan sentuhan magis oleh komposer popular, Ziin atau lebih dikenali dengan panggilan Zimi. Musibah yang sedang melanda negara sedikitpun tidak mematahkan semangat Masya untuk terus berjuang dalam industri muzik tanah air.

“Alhamdulillah tatkala negara masih lagi berada dalam fasa pemulihan wabak COVID-19, Masya diberikan kesempatan untuk tampil dengan single terbaharu kerana sudah lama rasanya Masya tidak keluar dengan apa-apa lagu baharu, dan ini merupakan permulaan yang baik bagi tahun 2020,” katanya pada edaran pihak Murai.my

Bercerita mengenai lagu ‘Hapus’, Masya Masyitah berkata ianya mengisahkan tentang percintaan dua insan di mana hubungan yang termeterai sangat indah dan bahagia sehinggalah lelaki yang dicintainya itu didapati curang. Sejak itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dan cuba menghapuskan segala memori manis mereka bersama.

Dirakam Pada Februari 

Bakal muncul dengan lagu Mandarin tidak lama lagi, penerima anugerah ‘Most Admired Leaders’ di Asia Music Awards 2019 ini turut berkongsi bahawa single ini sebenarnya telah pun dirakamkan pada 18 Februari yang lalu dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment terpaksa menangguh rangka pelancaran serta kerja promosi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Namun begitu, video muzik ‘Hapus’ berjaya dijalankan dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang sewajarnya dan Masya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat.

“Ini merupakan pengalaman pertama bekerjasama dengan komposer Amy Bong, sewaktu mendengar demo lagu ‘Hapus’ ia terus terpahat di ingatan, dan dengan abang Zimi pula ini merupakan kali ketiga bekerjasama dengannya. Masya berharap agar lagu ini bakal diterima baik dan disukai ramai sebab jalan ceritanya yang sangat menyentuh hati, dan dapat mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu daripada Masya.

In Shaa Allah selepas ini lebih banyak perancangan yang bakal dilakukan dan semoga kita semua berjaya mengharungi wabak COVID-19 ini dengan tabah dan semangat yang kuat.”

Lagu ‘Hapus’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Manakala, video lirik dan muzik lagu ‘Hapus’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
masya masyitah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara