Istimewa buat ‘ulat buku’, kedai buku terkemuka Malaysia, BookXcess buat pertama kalinya akan melancarkan ‘Jualan Kaw Kaw’ dengan menampilkan lebih daripada 3,000 judul buku Bahasa Melayu dengan harga serendah RM1!

Jualan ini akan berlangsung dari 24 hingga 30 Julai 2020 secara atas talian melalui laman sesawang bookxcessonline.com.

Bagi jualan yang berlangsung selama seminggu ini, para pencinta buku boleh menantikan judul baru yang akan diperkenalkan pada setiap hari.

Para ibu bapa juga harus merebut peluang keemasan ini kerana buat julung kalinya BookXcess menampilkan buku Bahasa Melayu dengan harga yang terjangkau murah. Malah, jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. Peluang ini dapat digunakan oleh ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak memupuk tabiat membaca.

Judul-judul buku untuk Jualan Kaw Kaw kali ini akan memaparkan pelbagai buku yang sesuai buat kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa.

Buku-buku seperti Pekan-Pekan Kertas, Toyol, Hijrah ke Madinah, Kisah Nabi Yunus A.S. Diselamatkan Nun serta siri Raja Katak Ditipu Ular akan dibawa ke laman web BookXcess.

IKLAN

Bukan itu sahaja, promosi kali ini juga akan menampilkan buku-buku aktiviti, novel, buku masakan dan lain-lain.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry